7 Tempat Relaks dan Studi Berkesan

01:00 Raf 0 Comments





        Assalamualaikum.. Hari ni tak nak buang masa, terus je post.. sebab hari-hari guruh, petir sampai  tak ada masa nak blog.. Ok.. Hari ni nak bincang pasal Relaks dan Studi.. Selalunya orang akan memikirkan yang "studi" dan "relaks" adalah sesuatu yang mustahil kerana studi lebih merujuk kepada perlakuan fokus yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kefahaman mutlak. Manakala studi dan relaks boleh digabungkan menjadi satu perkataan "learn" atau orang selalu gelarkan StuDySmaRt.

[uitm_melaka1.jpg]

       Diri kita ini berbeza-beza dengan orang, jadi cara termudah untuk mendapat pemahaman optima adalah mencari tempat belajar sendirian yang sepi dan tenang tapi bukan bermaksud tidak mengadakan studi grup, cuma sebagai penambah perisa dalam resipi kejayaan anda. Kerana pemahaman itu melatih kemahiran dan kemahiran itu penting untuk menjalani jentera kehidupan yang dipenuhi dengan praktikal sains.

       Sebagai contoh di Universiti Teknologi Mara Kampus Alor Gajah yang merupakan antara branch campus yang terbesar dan bakal menerima kuasa autonomi dari UiTM pusat untuk mentadbir sendiri seperti mana 5 universiti "rukun negara" kita iaitu USM, UKM, UM, UPM dan UTM. Di sini antara Top 7 tempat paling sesuai untuk studi relaks..

 Tasik Tun Fatimah

credit to Afiqah Amira
Tempat yang dingin dan menenangkan. Memiliki jambatan gantung yang menghubungkan Masjid Al Hikmah dengan biik kuliah @ Perpustakaan. Tasik ini merupakan antara mercu tanda utama bagi  kampus Alor Gajah. Disamping itu, keadaan bawah pokok memberi kita pemandangan hijau dan tidak panas.. Seperti berada di Tanjung Bidara. Tapi hati-hati kerana kegiatan couple banyak di sini..huhu >.<

 Perpustakaan UiTM Melaka Kampus Alor Gajah 

                credit to Prof IT

Satu pusat rujukan utama bagi pelajar-pelajar di UiTM KAG . Ruangnya yang luas dan multi fungsi memberi keselesaan dalam penggunaan khidmatnya sebagai penyebar ilmu pengetahuan.

   

 Dataran Keris

credit to Khairul Akmal Ibrahim
Dilihat dari jauh seakan-akan gelanggang perlawanan  Tun Tuah  Laksamana Melaka dan Taming Sari Gadjah Mada. Di sini melahirkan semangat patriotik kebangsaan untuk pelajar mempertingkatkan usaha untuk semakin maju ke depan mempertahankan negara dan bangsa melalui ilmu. Takkan Melayu Hilang Di Dunia! 

   

 BILIK KULIAH @ DEWAN KECIL

credit to CS 110 A
Ramai pelajar yang memanfaatkan bilik kuliah kosong untuk tujuan studi grup, perjumpaan kelab dan lain-lain. Sekiranya anda selesa dalam keadaan kelas, tempat ini paling sesuai. Jangan risau dengan tempat kosong, UiTM KAG en besarr ~

   

 SURAU DATARAN KERIS

credit to Prof IT
Pada musim cuti atau bukan jam kuliah, surau yang diamanahkan berpenunggu ini kadang kala sunyi sepi sehinggakan  anda boleh "bermalam" di sana tanpa gangguan sesiapa. Selalunya saya jadikan tempat ini sebagai tempat memohon petunjuk akan soalan-soalan programming yang sukar dan memutar kepala. Rakan-rakan kerap lepak di sini bila ada masa renggang antara kuliah , selalunya semasa duit poket cuma seringgit dua.. Haha
p/s: 1 surau lagi di sini diberi nama Surau Al-Munawarah di Zon C Tun Perak.

   

 PARKIR PELAJAR, DEWAN BENDAHARA

credit to Prof IT
Tempat ini hanya lah kawasan lapang di bawahnya untuk pelajar meletakkan kenderaan. Namun, Di belah atas bukit ada satu taman yang indah ditanam banyak pokok yang melindungi anda dari terik mentari. Percayalah tiada gangguan, malah orang yang lalu lalang pun tidak bakal perasaan keberadaan anda di sana.

   

 TUN PERAK, RESIDENTIAL COLLEGE (ZONE C)


credit to Amsyar (ex roomate part 1)
Terletak di Zon C, sering digelar Baby College kerana merupakan kolej bongsu (lelaki) di UiTM KAG. Tempatnya yang luas dan kondusif berbeza dengan kolej di zon A dan B mampu membina satu semangat kental lahirnya daripada keselesaan dalam menuntut ilmu .
p/s: Gundam tu atas meja studi.. bersepah en? :)

Tapi yang paling best kat mana? BALIK umah laa ^.^

0 ulasan: