Good Luck

12:48 Raf 0 Comments

   Hai semua :) Apa khabar hari ini? Da makan? Kepada adik-adik PMR janganlah risau sangat tentang keputusan nanti sampai tak makan, almaklumlah dengar-dengar PMR tahun ni susah terutamanya subjek BM dan Sejarah.. yang adik kena buat layan sahaja dunia ni dengan aman sambil banyak berdoa kerana markah bukan ditentukan oleh skema ^_^. Ok lah, berlebih-lebih dengan budak PMR terlupa pulak nak ucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM yang hanya tinggal lebih kurang 5 minggu lagi.

   Ok , apa-apapun aliran pilihan adik-adik usaha tu adalah yang paling penting. Jadi tak perlulah nak risau kalau adik dapat aliran yang bercanggah dari minat karier impian adik-adik. Sebagai contoh ada seorang rakan abg Rafieq di sini yang sambung dokto, farmasi dan lain-lain yang dulunya adalah pelajar aliran akaun.. Jadi yang  paling penting skor dalam peperiksaan.. berapa peratus kelulusan semua matapelajaran..
   Selain itu, jangan mengejar sangat semua A+ atau ambil banyak-banyak subjek untuk dapat banyak A+. Benda tu sebenarnya tak dilihat langsung oleh bahagian pengambilan pelajar di universiti, sebagai contoh cerita bang Rafieq dulu menghadiri minggu orientasi kemasukan pelajar sesi 2 Universiti Teknologi Petronas, Prof di sana sendiri cakap kami tak pandang berapa A dan kami nilai ikut kemampuan pelajar seperti peratus kelulusan semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan lain-lain. Bang Fieq dapatlah tawaran ke sana walaupun hanya dapat 5A.. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ya.. Tapi sebagai contoh tauladan untuk adik-adik sedar bagaimana untuk melakar identiti di zaman ini.

   Ok ini sahaja yang mampu terungkap , jadi semoga berjaya! :)


|DOWNLOAD| Click here
|DOWNLOAD}


0 ulasan: