Ketika di Dewan Counselor's di UTP

02:00 Raf 0 Comments



Pagi-pagi ni just relaks duduk dekat depan masjid  sebelum diarhkan park di Dewan Kaunselor.


Counselor’s Hall memang lawa…

Fieq bertuah sebab dapat no. lawa.. Cepat laa balik nanti.
   

Setiap calon dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu

A dan B     –temuduga pagi
C,D dan E     –temuduga petang


Kat sini dia minta dokumen dan IC , lepas tu dapat no kumpulan.

Nampak tangga tu? Kita kena naik ke atas (bagi calon pelajar) , manakala ibu bapa di bawah. Datuk Dr Zainal Abidin bagi ucapan.


 

 

Taklimat pasal UTP


Dah sampai blok B, masuk 1 bilik. Tunggu untuk masuk ke bilik lain lak. 1 meja ada 3 lelaki, 2 perempuan. Dah laa rasanya sorang je budak Jelebu kat sini.. Main terjah je laa muka tebal masuk mana2 grup.. Tapi grup aku tu mmg best.. Sebab susunan dia 18,19,20.. haha mcam tau2 je…

Lepas duduk 1 meja, dapat kad yang berlainan setiap seorang... Setiap ahli tk boleh bincang sebab kena bincang secara spontan masa temuduga grouping nanti. Fiq dekat Panel 21 (meja 17) dapat kad pasal "drug addicted". (30 minit sahaja)

Lepas tu, pergi bilik lain pulak. Tunggu giliran. Mula-mula perseorangan. Lepas dipanggil, masuk bilik dan ada 2 orang ditugaskan untuk menemuduga kita, 5 minit je.

Bila semua ahli dah habis .. Dia panggil kesemuanya buat group discussion. Kira boleh tahan la.. Walaupun tak berapa kenal dan nak mula tu payah sangat.. Tetapi, bila dah mula je.. Semua fakta masuk kami semua macam aktif laa bagi pendapat dan selesaikan .. Takda yang bisu atau lembab rasanya.. Sampaikan akhir discussion , pegawai tu cakap.

“Okay.. All of you is from Ipoh right? Except Fiq.. So, I want to meet you all again..”
Haha.. rasa cam da gerenti dapat je.. semua keluar senyum sambil usap-usap perut lapar..

Lunch ada disediakan di hadapan Masjid Terapung tu, untuk semua calon dan keluarga. Kira pihak UTP memang baik lah..

Ayah kata nanti jama’ Asar.. Jadi, rasanya tak payah Zohor dulu takut terlepas dengar ceramah kerjaa lepas ni..

Lepas makan, Complex Counselor’s panggil lagi.. Untuk Ceramah Kerjaya..
   

Adalaa.. Pasal Electic,ICT,Civil dan macam-macam lagi.. Memang terbuka gak laa minda..


 



Dalam pukul 5 tu habis laa... Yang Fieq suka kat ceramah ni masa elektrik, sebab banyak usik bio ^^..

Malam tu hujan lagi, tapi balik je laa... Bawak laa ole2 buah haha.. (xtaw nak beli apa).. Tapi masa dah sampai Bukit Tangga kat Jelebu tadi ada kemalangan lagi.. rasanya dua buah lori.. mmm .. Semoga roh mangsa selamat disemadikan...

0 ulasan: