Selamat Hari Lompat

06:59 Rafieq Roslan 0 Comments

Nampaknya tahun ni kita ada hari lompat. Seperti mana Google Doodle dah tunjukkan pada pagi ni

Hari Lahir Gioachino Rossini yang ke 220 / Tahun Lompat

Kepada sesiapa yang lahir tahun lompat ni mesti dia seorang yang unik dan berkarisma. Malangnya mereka boleh menyambut hari lahir 4 tahun sekali^^



29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. 

Antara tahun lompat ialah 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad. 

*Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. 

Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hariIsnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

Terdapat banyak peristiwa-peristiwa dunia yang berlaku pada 29 Februari sebenarnya. Seperti:
(DIPETIK DARI WIKIPEDIA)


0 ulasan: