secret for sale
Salam .. Apa benda secret for sale ni?? Fieq buat bisnes jual tempoyak ke?? Sebenarnya bukan lah seperti yang anda sangka-sangkakan.. ^_^
Fieq yang bosan ni sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran menonton tv sahaja di rumah..bwahaha.. So, ini cerita yang menarik kalau pembaca ingin menghabiskan masa menonton di waktu malam. Drama Malaysia/perpaduan/ kehidupan terkandung dalam cerita ni disamping membawa nilai-nilai motivasi yang tinggi.
Masa Fieq tengok hari tu.. episodnya berkaitan kes penculikan anak bos mereka.. Hal ini disembunyikan oleh bos tersebut namun berjaya dibongkar oleh Ren Yi , pekerjanya apabila mengekori beliau.. keadaan yang mencabar dalam episod ini membuatkannya kelihatan hidup..
Fieq yang bosan ni sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran menonton tv sahaja di rumah..
Masa Fieq tengok hari tu.. episodnya berkaitan kes penculikan anak bos mereka.. Hal ini disembunyikan oleh bos tersebut namun berjaya dibongkar oleh Ren Yi , pekerjanya apabila mengekori beliau.. keadaan yang mencabar dalam episod ini membuatkannya kelihatan hidup..
Peminat drama Malaysia kini boleh menonton drama bersiri popular Secrets for Sale, yang bakal bersiaran buat kali pertamanya di Malaysia di ntv7 bermula 10 Januari nanti setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Drama bersiri Singapura selama 13 episod itu menampilkan Christopher Lee dan pelakon kelahiran Malaysia Jesseca Liu. Antara yang membintangi drama ini adalah Thomas Ong, Lawrence Wong, Lin Mei Jiao, Zhu Houren dan Liu Yan Xi. Secrets for Sale merupakan drama pertama Jesseca Liu’s setelah beberapa tahun menyepi di dalam industri hiburan.
Secrets for Sale bermula apabila seorang bekas anggota polis wanita kini mengambil alih tugas sebagai penyiasat persendirian. Jia Qi (Jesseca Liu) yang merupakan seorang yang jujur, suka memerhati, tegas dan berfikiran konservatif mengambil alih perniagaan agensi penyiasat milik kakak dan abang iparnya. Jia Qi mahir dalam semua bidang dan sangat efisien namun gagal dalam soal cinta dan alat berkaitan elektronik.
Kegagalannya untuk mengendalikan kamera ketika melakukan penyiasatan adalah antara sebab segala kes yang diberi gagal diselesaikan. Walaubagaimanapun, pada suatu hari dia berjumpa seorang lelaki nakal dan suka menggoda wanita namun mahir dalam bab kamera, Ren Yi (Christopher Lee) yang baru sahaja kehilangan pekerjaannya kerana menjalinkan hubungan bersama model yang sebenarnya sudah pun bersuami. Tertekan dengan masalah hutang dan kewangan, Ren Yi bersetuju untuk menjadi jurugambar setelah ditawarkan Jia Qi.
Jia Qi dan Ren Yi membenci antara satu sama lain namun tetap memerlukan kemahiran masing-masing untuk menyelesaikan setiap kes yang diberi kepada mereka. Perniagaan agensi penyiasat Jia Qi juga semakin maju kerana gabungan kemahiran analisisnya dan kepakaran Ren Yi dalam mengambil gambar.
Sementara menyiasat, Jia Qi juga cuba mencari punca kes kehilangan kakak dan abang iparnya yang menjadi misteri tatkala mereka bercuti ke luar negara bersama dua orang anak lelakinya. Bukan sahaja mereka meninggalkan masalah kewangan perniagaan mereka tetapi juga anak gadis bongsu mereka, Yi Xin dimana Jia Qi harus menjalankan tanggungjawab untuk menjaganya.
Simpati dengan nasib anak saudaranya, Ren Yi mengambil keputusan untuk menyiasat misteri kehilangan ibu bapa dan abang-abang mereka. Ketika itulah konflik mula timbul saat Jia Qi dan Ren Yi mula saling jatuh cinta kerana Jia Qi juga menemui sebuah gambar milik Ren Yi yang amat mencurigakan. Jia Qi mula mengesyaki sesuatu dan berasa pertemuan mereka selama ini, semuanya telah dirancang. Begitu juga ketika Ren Yi bersetuju menerima tawaran kerjanya.
Bermula saat itu, pelbagai konflik mula timbul dan pasangan sejoli itu kerap bertengkar yang juga menghasilkan bibit-bibit cinta dan perkara yang melucukan. Namun sejauh manakah kisah hubungan mereka? Apakah misteri di sebalik foto yang ditemui Jia Qi? Masihkah ampuh cinta mereka?
Apabila ditanya mengapa dia dipilih menjadi peranan utama, Christopher dengan gembira menjawab bahawa penerbitnya percaya dengan pengalaman dan keupayaannya memainkan watak Ren Yi. “ Saya rasa tidak percaya tetapi dalam masa yang sama gembira dengan kepercayaan yang diberikan penerbit kepadanya. Ini memang amat bermakna kepada saya,” kata Christopher.
Pelakon itu juga menjelaskan peranannya dalam siri itu dan berkata penonton harus bersimpati kepada Ren Yi. “Pada mulanya, perwatakan saya digambarkan sebagai seorang yang ceria dan kurang serius melakukan tugasnya. Wataknya sebegitu setelah perpisahannya bersama teman wanita. Hanya ketika tinggal beberapa episod lagi sebelum berakhir, kematangan Ren Yi dan sifat sebenarnya bakal didedahkan,” katanya lagi.
Ketahui semuanya dalam drama bersiri Secrets for Sale yang bakal memulakan siaran perdananya di Malaysia pada 10 Januari 2012 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam tentunya di Saluran Ceria Anda, ntv7.
Maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, serta ikuti perkembangan kami di Twitter dan Facebook ntv7.
0 ulasan:
Catat Ulasan