UPM pertama di Malaysia

19:38 Raf 1 Comments

UPM ranking pertama?
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Top South East Asia (click here)




BENARKAH?
Tiba-tiba rasa sayang nak tinggalkan UPM. Lagi 1 bulan, 14 hari..sob2..
http://bingkisanurani.blogspot.com/2010/03/upm-ranking-pertama.html


UPM Tempat Pertama Dua Ranking Berasingan: Webometrics dan 4icu.org
University Web Ranking
 

SERDANG, 4 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) berada pada kedudukan pertama
antara semua institusi pengajian tinggi dalam negara mengikut dua ranking berasingan iaitu
Webometrics Ranking Web of World Universities dan 4icu.org University Web Ranking.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah
berkata menurut Webometrics Ranking peringkat Asia Tenggara, UPM berada pada
kedudukan ke-11, diikuti USM di tempat ke-13, UTM ke-14 dan UM ke-16 sementara
peringkat Asia UPM menduduki tempat ke-81 dan bagi peringkat dunia, UPM ke-686
daripada 8,000 universiti yang dinilai.
Katanya bagi 4icu.org University Web Ranking bagi Top 100 Universities and Colleges in
Asia pula, tiga universiti dari Malaysia yang tersenarai ialah UPM pada kedudukan ke-52
diikuti USM tempat ke-74 dan UIAM ke-79.
“Kaedah ini memberikan ranking populariti untuk universiti dan kolej seluruh dunia
berdasarkan populariti laman web mereka yang dapat membantu pelajar antarabangsa
memahami populariti sesebuah universiti sesebuah negara,” katanya.
Webometric’s Ranking dibuat oleh Cybermetrics Lab, Consejo Superior de Investigaciones
Científicas (CSIC) iaitu pertubuhan penyelidikan saintifik awam Sepanyol berasaskan
kezahiran dalam web (web presence) yang mengukur aktiviti dan visibiliti sebagai petunjuk
baik impak dan prestij sesebuah universiti.
Ketua Pegawai Teknologi dan Pengarah InfoComm Development Centre (iDEC) UPM, Prof.
Madya Dr. Suhaimi Napis berkata Webometrics bukan ranking laman web tetapi ranking
yang menunjukkan prestasi global UPM dalam komitmen pengajaran, hasil penyelidikan,
prestij antarabangsa, serta jaringan masyarakat dan industri.
“Ia tidak mengukur rekabentuk laman web kerana pengukuran utama adalah terbitan
kandungan terutamanya dokumen akademik akses terbuka,” katanya.
Beliau berkata bagi 4icu.org University Web Ranking, ianya berasaskan satu algoritma
terdiri dari tiga metriks web bebas dan tanpa bias yang diekstrak dari tiga enjin carian iaitu
Google Page Rank, Yahoo Inbound Links dan Alexa Traffic Rank

 


“Pencapaian UPM kerana perkhidmatan pengkomputeran Grid di iDEC yang mendapat
persijilan Enabling Grid for E-Science (EGEE) Eropah yang boleh diakses 24jam/7hari oleh
ramai penyelidik seluruh dunia, sekaligus meningkatkan visibility yang menyumbang 50%
dari keseluruhan penilaian.
“Ini adalah hasil dari Geran Antarabangsa Eropah (EU-FP7) bagi projek EUAsiaGrid di
mana saya adalah penyelidik utama UPM sebagai rakan kerjasama projek tunggal dari
kalangan universiti di Malaysia yang bernilai lebih RM5 juta yang diketuai oleh satu institusi
di Itali,” kata Dr. Suhaimi.
Berita ini ditulis oleh Seksyen Media, Publisiti dan Penerbitan UPM.(Khairul Anuar
Muhamad Noh dan Dr. Suhaimi Napis 019-3539955



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Notre générateur de kamas est enfin disponible gratuitement en téléchargement.


Depêchez-vous il n'est disponible qu'en petite quantité limitée.
Notre générateur de kamas vous garantie de non-bannissement
avec beaucoups de possibilité intégrée vous garantissant une sécurité optimale.

Il est important de comprendre que notre logiciel n'est
pas compliquée d'accès et vous permet une utilisation simple
en toutes circonstances
Non seulement vous allez pouvoir générer des
kamas très facilement mais en plus vous êtes sur
d'être en toutes sécurité grâce à notre façon de programmation
spéciale utilisant des méthodes utilisés par les plus intelligents du moment.


Also visit my blog - Generateur de Kamas