Isu Singkatan ASSALAMUALAIKUM

14:33 Rafieq Roslan 0 Comments




Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca2 blog ini. Tengah Hari ini aq terpanggil untuk mengulas tentang satu isu yang aku rasa perlu untuk aku mengetengahkan pendapat secara ringkas.

Kita selalu terlihat dalam buku2 ilmiah Islam menulis kan pelbagai 'shortform' yang mewakili perkataan2 bahasa arab yang panjang seperti :

S.W.T - Subhanahu Wa Taala
S.A.W - Salallahu Alaihi Wassalam
A.S - A'laihis Salam
K.W.J - Karamallahu Wajhah
R.A - Radhiallahu Anhu



Singkatan diatas dicipta bertujuan memudahkan penulisan untuk gelaran2 yang baik bagi Allah, Rasul, para sahabat dan personel2 islam yang disanjungi. Singkatan ini digunapakai secara meluas dalam kitab2 agama sejak dari dahulu lagi.

Orait.... Apa reaksi korang kalau aku katakan :

Nabi Muhammad kita telah dihina oleh industri perfileman Hollywood kerana menerbitkan filem SAW yang terang2 menunjukkan tajuk filem ini menggunapakai terma singkatan bagi nabi besar kita?


Adakah korang terkejut jika aku menyatakan bahawa :

Singkatan S.W.T itu tidak boleh digunapakai kerana 'shortform' ini bermaksud 'Sucks Women Tits' di dalam Bahasa Inggeris ataupun 'Hisap Puting Perempuan' di dalam Bahasa Nusantara nya. Maka hendaklah kita menulis penuh singkatan ini seperti lafaz asalnya iaitu Subhanahu Wa Taala.

           
                        
Dan adakah korang terkesima apabila aku menyatakan :

Singkatan R.A yang bermaksud 'Moga Diredhai Allah Keatasnya' untuk menggelar para-para sahabat dan tokoh-tokoh islam tidak boleh lagi digunapakai kerana RA itu adalah salah seorang Tuhan Mesir Purba yang bermaksud Tuhan Matahari?


Apa kata aku kumpukan2 maklumat2 gempak ini dan kemudian aku emailkan secara pukal kepada rakan2 aku dan kemudian aku forward kan ke facebook dan laman2 web sosial yang terkenal di internet. Apakah reaksi orang ramai terhadap info yang akan mereka baca ini kelak? Perlukah kita terus tidak menggunapakai singkatan2 gelaran yang telah kita fahami maksud di sebaliknya sejak sekian lama?

Saudara dan saudari sekalian. Suatu masa dahulu heboh tersebar satu pernyataan bahawa umat Islam di tegah untuk menggunakan singkatan AKUM, ASKUM dan sebagainya untuk menggantikan frasa salam Assalamualaikum. Dikatakan istilah AKUM itu bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani yang menujukan makna itu kepada orang yang berbukan bangsa Yahudi.

Pada masa itu, walaupun aku tidak berkenan sangat terhadap perkaitan isu AKUM  dengan bahasa Ibrani ini, tetap juga aku menukarkan ayat 'greetings' dalam SMS aku kepada SALAM. Ini kerana walaupun aku rasa 'nonsense' tentang perkaitan yang ditampilkan, aku tetap berusaha untuk menggunakan terma SALAM dalam SMS kerana sememangnya itu adalah lebih baik kerana lebih memberi makna di dalam Bahasa Arab merangkap Bahasa Al-Quran.

Kenapa aku kata 'nonsense'? Jangan hentam aku dulu...... Baca lagi sampai habis........

Baru2 ini pula timbul pula pernyataan yang telah disebarkan secara meluas di dalam Facebook mengatakan sebaik2 nya tulislah perkataan AS-SALAM untuk memendekkan terma Assalamualaikum. Alasannya, perkataan SALAM itu adalah bermaksud SELAMAT TINGGAL berdasarkan Terjemahan Ayat Al-Quran daripada Tafsir Pimpinan Ar Rahman bagi ayat terakhir Surah Az-Zukhruf. Salam dalam ayat ini ditujukan kepada golongan yang tidak beriman.

Di sini bukanlah aku nak menyalahkan terjemahan dalam Tafsir Pimpinan Ar Rahman ini. Apa yang aku nak tekan kan di sini ialah maksud As Salam dan Salam tu adalah SEJAHTERA dan SELAMAT secara umumnya. Tafsir di atas menerjemahkan perkataan SALAM di dalam konteks ayat dalam Surah di atas sahaja. Secara umumnya, SALAM tetap bermaksud SELAMAT atau SEJAHTERA.

Dari segi isu yang dibangkitkan sejak sekian lama tentang singkatan ASSALAMUALAIKUM dalam SMS dan sebagainya, bagi aku tidak mengapalah kalau hendak menulis apa2 singkatan pun seperti AKUM, A'KUM, ASKUM, dan sebagainya kerana permaksudan terhadap ayat tetap membawa kepada SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU. Kita taip singkatan apa2 pun, tetap pembaca memahaminya sebagai ucapan salam ASSALAMUALAIKUM.

Si pembaca tidak pula memahami ungkapan ASKUM, SALAM dan sebagainya dengan makna dalam bahasa Ibrani ataupun apa2 istilah lain. 'Ruh' dalam singkatan itu tetap menuju kepada mendoakan saudara sesama Islam kita. Kita tidak lah pula mendoakan mereka menjadi binatang ataupun menyamakan mereka dengan orang2 yang tidak beriman!. Tambahan lagi, kita tidaklah mengucapkan AKUM mahupun SALAM bila berjumpa dengan kawan2 kita secara 'live'. Kita tetap mengucapkan ASSALAMUALAIKUM bukan?


Berbalik kepada kisah S.A.W, S.W.T dan R.A di atas, adakah kita sama2 akan menyeru supaya ditukar singkatan gelaran2 mulia di atas kepada singkatan yang lain? Sudah tentu kita berpikir 2-3 kali bukan? Kenapa berpikir 2-3 kali? Bukankah pernyataan ini sama dengan isu AKUM yang dikatakan mempunyai persamaan dengan istilah di dalam Bahasa Ibrani itu?

Tuan2 dan Puan2, sememangnya sebaik ucapan ataupun teks salam adalah ASSALAMUALAIKUM ataupun SALAMU ALAIK. itu memang tidak dinafikan lagi. Cuma di sini saya menyeru supaya isu tentang teks salam di dalam SMS ini tidaklah perlu diperbahaskan sangat. Apa2 pun singkatan, maksud nya tetap di i'tiqadkan sebagai maksud yang memberikan makna yang baik2.

Wallahualam..... Entri ini di tulis hanya untuk menyeru kepada saudara2 sekalian untuk tidak bersusah payah untuk berpolemik tentang permasalahan sekecil ini. Asalkan maksud dan intipati shariah singakatan itu sampai kepada si penerima, itu sudah mencukupi. Untuk bacaan tambahan, saudara dan saudari boleh rujuk link di bawah.

 

0 ulasan: