SM Teknik Juasseh,Kuala Pilah,27 Julai>>UTUSAN SUKMA SEPAGI BERSASTERA 2010

19:47 Raf 0 Comments

Hai.. l UTUSAN SUKMA SEPAGI BERSASTERA 2010.. yang telah diadakan di sini;


SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas pada 22 Julai; 
SM Teknik Juasseh, Kuala Pilah pada 27 Julai; 
SMK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson pada 3 Ogos
 SMK Rantau, Seremban.5 Ogos

Saya turut menyertai program ini pada 27 Julai 2010 yang diadakan di SM Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. 
Banner yang terdapat dihadapan kami..










Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif Utusan Publications & Distributors (UP&D), Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar; Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Tokoh Sastera, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Mahaya Mohd. Yassin.
Gambar diambil di hadapan dewan SMTJ sebelum sesi menyanyikan lagu Negaraku..
Program yang diadakan sempena Minggu Sastera Utusan ini menyasarkan khalayak pelajar luar bandar.
Melalui program ini, para pelajar berpeluang berinteraksi secara bersemuka dengan karyawan tanah air dan organisasi sastera.
Ramai pelajar yg sibuk membelek buku novel untuk mencari bahan yg diminati mereka


Usaha Kumpulan Utusan untuk terus memperkasakan sastera di negara ini wajar dipuji kerana inilah platform yang dilihat berjaya menghasilkan ramai golongan sasterawan terutama sekali melalui Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Persembahan dan ceramah mereka amat berkualiti

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bukti Kumpulan Utusan serius memartabatkan sastera ini apabila mereka memperluaskan minat itu di kalangan pelajar melalui program 'Utusan Sukma Sepagi Bersastera' yang kini mula mendapat sambutan yang baik.

Katanya, Kumpulan Utusan telah memainkan peranannya untuk memastikan bidang sastera ini tidak lupus dengan membawa penggiat sastera tanah air seperti A. Samad Said dan Swee Tin secara dekat kepada pelajar, yang diyakini dapat menarik minat di kalangan mereka.

Program ini melibatkan 117 buah sekolah menengah di negeri dan juga tokoh sastera tanah air untuk menjayakan program tersebut, ia dapat membangkitkan motivasi di kalangan pelajar untuk mencintai bidang sastera.

senarai tokoh PENS.. diletakkan dihadapan pintu gerbang dewan SMTJ

Aku dipanggil untuk diwawancara mengenai keadaan program itu oleh pihak utusan / rtm. Mukaku jelas terpapar dalam akhbar Utusan pada khamis [3hari selepas hari programa]..

dalam ramai2 aq duduk kat bwh A Samad Said, paling dekat.. jelas depan2..


Program ini mendapat sokongan penuh kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran negeri serta pelbagai agensi kerajaan. 

Saya , Rafieq Roslan yang berada di sana [SMT JUASSEH] sudahpun mendapatkan tanda tangan A SAMAD SAID, LIM SWEE TIN dan MAHAYA YASSIN.. Yang best adalah apabila tandatangan mereka jatuh pada cerpen yg hendak saya hantar ke Pertandingan Menulis Cerpen sempena Bulan Bahasa SMKUJ 2010.. Kalau tak menang jugak tak tahu laa..
dapat t.t. 3 orang tokoh sasterawan negara
      

Pada siapa yang teringin untuk membaca cerpen yg saya karang itu.. boleh jenguk di sini .. kalau tidak boleh buka, kamu perlu menjadi kawan saya di facebook dulu..

0 ulasan: