Pertandingan 1 Malaysia

18:57 Rafieq 0 Comments

PERTANDINGAN SURAT UNTUK PM (~ dikarang oleh Rafieq Bin Roslan)

Perpaduan kaum merupakan kesepaduan hidup seharian dalam berbilang bangsa. Negara kita kini, perlu peka terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman seterusnya akan menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan negaranya.

Sekiranya timbul sesuatu isu, kita perlu ada cara atau kaedah dalam menangani isu tersebut agar tidak berbau perkauman. Contohnya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kita janganlah terlalu mudah melatah, bagi menanganinya kita perlu melihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Apa yang penting adalah kejujuran kita dalam memelihara perpaduan kaum. Usahlah hendaknya kita mempunayai sikap buruk sangka yang  begitu menebal sehingga timbulnya sentiment perkauman…

Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara ini tidak ditangani dengan jujur, maka sudah pasti menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Justeru, perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semulajadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum .

Oleh itu, adakah kita mahu negara kita sentiasa bergaduh antara etnik, sentiasa berada dalam ketakutan, tiada lagi perasaan muhibah, tanpa keharmonian dalam kalangan rakyat, ketidakstabilan politik Negara, kerajaan yang lemah serta negara berada dalam keadaan huru-hara? Jika jawapannya ‘tidak’ …. Ayuh, rakyat Malaysia… perkara utama yang perlu kita laksanakan adalah mengekalkan perpaduan dalam sesebuah Negara. Bagaimana???...

Langkah pertama, kita perlu memupuk semangat patriotism dalam kalangan rakyat, kita seharusnya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia yang menyanyangi negara. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin Negara kita kerana merekalah yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Kita juga perlu mengetahui dan menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang negara seperti Tungku Abdul Rahman, Mat Kilau dan lain-lain. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih ditangan penjajah asing. Begitu juga dengan lambing-lambang kebesaran negara seperti lagu kebangsaan, jata negara dan bendera perlu diketahui dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia.

Kedua, sebagai rakyat Malaysia yang menyokong aspirasi 1 Malaysia, kita perlu bersifat setia dan sayang akan negara kita. Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin dan tidak sekali-kali mengkhianati negara.Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan cara berkorban apa sahaja. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta bersama mencari jalan penyelesaiannya.

Ketiga, bagi mengekalkan perpaduan di sesebuah negara, semangat kekitaan juga amat penting. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Disamping itu, sifat bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status, bangsa dan agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Bagi memupuk semangat bermasyarakat antara kaum pula, bergotong royong merupakan aktiviti yang sering dilakukan kerana penglibatannya menyeluruh.

Selain itu, sifat berdisplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan haruslah dipatuhi untukkesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.
  
Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.  Semoga kita semua mencapai wawasan negara bagi aspirasi  Satu Malaysia.
                                                                                                                              Dikarang oleh: Rafieq Bin Roslan,
                                                                                                                                                         (SMK Undang Jelebu)
 Photobucket             Photobucket

0 ulasan: