Perginya.... Atok..... 2

12:48 Rafieq 0 Comments


Perginya.... Atok.....
Hari ini, 29 November, Ahad 2009, pada Hari Raya Korban yang ke 3 pada tahun ini, satu kejadian yang amat susah untuk ku terima, berlaku pada jam 5 pagi tadi. Atukku, Haji Harun bin Basir telahpun kembali ke rahmatullah. Aku berasa sungguh sedih dengan kepulangan beliau, sedangkan baru semalam elok sahaja beliau berbual, mengajak kami sekeluarga makan tengah hari di rumahnya. Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan semalam baik-baik belaka. Namun , kini aku sudah reda dengan kejadian tadi. Ia hanya berjalan dalam masa yang singkat, hanya beberapa minit, ajal telah berpihak padanya. Pada waktu itu, beliau berasa sakit secara tiba-tiba dan lekas dibawa ke wad. Waktu itu (mungkin beliau sedang nazak..) ahli keluarga yang lain tidak diberi kebenaran untuk masuk. Setelah ayahku tiba dan terus meluru masuk, dia melihat atuk ku udah terlantar di atas katil dan sedang 'dipam' oleh seorang doktor, "Mahu teruskan ke bang??" si doktor bertanya.. Ayah ku mengatakan tak perlu lah... sepatutnya di waktu beliau tengah nazak pihak hospital perlulah membenarkan ahli keluarga yang lain masuk menjenguk, tetapi mengapa ia berlaku seperti ini??
--------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah hospital di sini hanya menginginkan pesakit menjadi bahan ujikaji? Sama seperti fungsi daerah ini?
Daerah Jelebu yang merupakan daerah terkering di Malaysia yang mengalami banjir baru-baru ini di Ulu Teriang (terletaknya rumah arwah) adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Air ini datang bukannya dari hujan yang lebat namun daripada air empangan yang empangannya belum habis disiapkan. Kawasan empangan ini adalah satu kawasan ujikaji negara untuk membina satu-satunya empangan TANAH di Malaysia. Cuba kita fikir, tanah ini tidak boleh terhakis ke, sekiranya datangnya hujan yang lebat? Sudah tentu anda akan kata ya! kan!? Sedangkan jambatan konkrit di *** pun boleh runtuh(di berita baru-baru ini..)
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya sepanjang tahun ini ada satu 'petunjuk' yang seakan-akan menerpa aku yang seakan-akan memberitahu aku, bahawa atuk akan pergi....Ini mungkin bukan hanya diriku yang perasan....
1. hari raya korban tahun ini.. terasa lain... Selalunya hari raya disini keadaannya lebih kurang sama dengan Hari raya Aidil Fitri.. bezanya cumalah tiada rumah terbuka dan jangka masanya tidaklah sampai hampir sebulan. Pada tahun ini, jejak ku hanya lah sehingga 4 rumah.. iaitu rumah yang penting......Waktu tengah hari habis laa tapak ku dari melawat saudara-mara yang lain... Kerana Solat Jumaat telah pun memanggil sehinggakan baliknya itu.. rasa ingin melawat tiada lagi... seperti pada hari itu adalah hari harian yang biasa..
2. Waktu; adakah seseorang datuk/nenek yang akan memangil cucunya datng makan tengah hari bersama-sama.. mengumpulkan seluruh keluarga pada tengah hari.. Hari Raya?? Ya..lah!! Mungkin orang akan kata.. ini boleh menyusahkan ahli keluarga yang lain untuk menjenguk yang lain..Tetapi.. entah mengapa waktu itu rasa lain sekali..dah laa, semalam.. aku hanya raya sekerat hari.. hari itu .. bangun sahaja aku dari kamar.. rasa seperti biasa.. bangun mandi… selalunya aku agak malas untuk mandi … dan yerlahh.. cuti larh katakana.,. bagi seorang yang sudah stres (pmr tahun ini) memang malas sikit nak buat kerja2 ini semua.. Taaapii.. entahlaa… pada hari itu aku rasa.. segar yang amat sangat…. Mungkin kerana minda dan hati ku sudah tahu bahawa aku akan berjumpa dengan orang yang aku amattt…sayang.. buat kali terakhir...
3. Ada yang beritahu… apabila mereka ingin memberitahu tentang kematian datuk ku kepada Chinese(orang cina) di sini.. mereka menjawab bahawa mereka sudah tahu yang datuk ku sudah pun meninggal dunia… tetapi.. bukannya pada 29 November, Ahad 2009, pada Hari Raya Korban yang ke 3 bahkkan… mereka berkata yang pada hari sebelumnya, 28 November, Sabtu 2009, pada Hari Raya Korban yang ke 2 iaitu pada hari yang sama sewaktu diriku dan keluarga makan tengah hari di rumahnya… Mungkin kah kerana itu.. diriku terasa segar lain macam.. pada pagi itu, sedangkan atok memang tidak menjemput awal.. tapi pada pukul 11.00 am… aku mandi pada waktu pagi laa waktu itu…Subuh…Peliknya.. saksinya ada banyak ..bukan hanya keluargaku sahaja.. anak atok ku ramai… hampir semua membawa keluarga mereka ke sini.. Tetapi.. yang ada di situ pada waktu itu bukan sahaja hanyalah anak beliau bahkan adik-beradik nenek ku dann.. ramai laa datang..
4. Waktu; di rumahnya makan tengah hari….aku datang…Aku akan terus ke port tv temankan atok... seperti biasa sambil menunggu makanan siap terlaksana..astro oasis adalah kegemarannya ... di tv pada waktu itu memaparkan kisah seorang anak Malaysia yang berjaya dalam perdagangan zaitun di negara orang... dari segi bualan.. wajah.. memang jelas Kota Suci itu memang amat dirindui beliau....di dalam hatiku terdetik bahawa beliau akan pergi ke sana lagi sekali.. tapi tidaklah diriku perasan yang beliau akan ‘pergi’ meninggalkan kami semua di sini..
5. ketika itu.. atok meminta aku untuk memberikan beberapa kacang kepadanya...lantas aku mengambil plastik itu lalu berikan beberapa biji kepadanya... ketika aku meletakkan kacang-kacang ke tadahan tangannya...aku lihat tangannya menggigil terlalu pantas... dan waktu itu.. terasanya satu aura yang menarik seluruh tubuhku ke.. tengah tapak tangannya.. dan.. apabila aku mula melepaskan tangganku....seperti ada satu perasaan terkilan..... hishh... entah kenapa entah??? Hati ni.... rasa lain macam.....
6. Sewaktu beliau bangun dari kerusinya, dia berkata; Kejap lagi baliklah orang-orang yang pergi tuu... (ini juga sama seperti 4). Bukankah kata-katanya itu seakan-akan; Sekejap lagi baliklah beliau ke rahmatullah setelah lama pergi menjalankan ibadah di sini.
7. Waktu; Makan tengah hari.. makanan telahpun terhidang rapi, terbentang selesa seakan-akan sudah bersedia untuk menjadi juadah pada hari itu. Atokku berdiri kerusi yang menghadap meja( IIII ) bujur, manakala diriku dan yang lainnya duduk di bawah. Waktu itu ada seseorang menyapa(mmmm....saper hah!?? Kenapa lak aku lupa waktu ni, kan tadi ingat jer, takpelah nanti ubah-ubahlah sikit) Dia Menegur seolah-olah begini; “ Harun** mana?’’ Datukku menjawab kecil... “Dia ingat Harun dah padam agakya!” kata-kata itu seolah-olah beliau tahu bahawa esok adalah hari p*d*m nya beliau ataupun sememangnya waktu itu beliau sudahpun tiada ataupun itu adalah semangat dia(lihat 3.. )
8. Cuaca; Sekejap sahaja cuaca ini berlaku pada waktu aku ingin menjamah makanan tengah hari di sana. Mula-mula elok hari tenang mendung tak panas tak sejuk. Kemudian, tiba-tiba guruh, panas terik dan seterusnya hujan turun dengan lebat dan akhirnya kembali panas terik dan akhirnya kembali tenang seperti tadi...cuaca ini berlaku sekejap sahaja sewaktu aku, atukku dan yang lainnya menjamah makanan tak sampai setengah jam..
9. Kegiatan Mingguan; Melawat Atok dan Nenek di Malam Sabtu(Hari Jumaat).. Memang telahpun menjadi aktiviti mingguan bagi semua keluargaku untuk menjenguk atuk dan nenek pada malam hari berkenaan, tetapi disebabkan lunch pada tengah hari tadi.. ayah telahpun memutuskan untuk ke KFC..oleh itu ,rancangan untuk ke rumah beliau terpaksa dibatalkan.. lagipun ayah dah beritahu kepada atuk dan nenek pada tengah hari itu lagi yang tak akan datang sebab nak ke KFC..jadi kiranya tak aperlah..
10. Kami siap bungkus untuk makan di rumah, tetapi entah mengapa aku hanya makan sedikit sahaja?? Adakah aku tidak lapar?? Pada malam itu adalah malam yang pertama kali kami tidak perlu bayar ketika memakirkan kereta di sebelah KFC itu.... Mungkin dia sudah dapat merasakan kepergian atok ku pada beberapa jam lagi... (yalahh.. tak pernah benda ni berlaku.. pergi ke sana bukan 4-5 kali)
Waktu atok ku masuk ke wad hospital pada pagi itu, memang lansung ku tidak tahu... yang aku tahu ayah dan abang pergi ke sana pada awal pagi lebih kurang 2-3 pagi laa.. mungkin nasib baik waktu itu sebab abangku belum lagi tidur..(leka borak @ internet)... yang aku tahu apabila aku bangun, ibu aku berada betul-betul di hadapanku.. menyuruh aku supaya lekas bangun dan mandi... aku lantas bangun dan pergi dalam keadaan tertanya-tanya..”Kenapa? Kenapa?” Setelah bersiap-siap aku lekas menanyakan kepada ibuku apakah yang berlaku... dan apabila ibuku menjawab bahawa atok dah meninggal... Aku merasakan seakan-akan semangatku terduduk, jatuh dan diriku seakan-akan tidak mampu lagi bergerak...kaku..Ibuku terus mengejutkan dua orang kaki tidur(dua orang adik perempuanku) yang ada di dalam bilik tetapi tetap tidak ingin bangun... Diriku yang dalam keadaan kosong hati pada waktu itu terus menjerit menyuruh mereka berangkat dan bersiap-siap lekas
Pelik;
1. Setelah adik bongsuku bangun ... dia terus melompat keriangan. Gembira tak berpasal.... yerlaaa dia memanglaa masih kecil... 6 tahun nak masuk 7...tapi takyah laa buat begitu... mmm... rasanyer mungkin dia ingin menggembirakan orang lain yang sedang sedih...tapi itu bukanlah waktunya....... atok masih belum dikebumikan lagi..(rasa macam nakkk eeeyaaaiii!!) .
2. Sampai; aku ambil surah Yaasin... dan baca dihadapan jenazah... pelik?? Waktu itu aku merasakan “Betulkah ini yang aku baca??? Lancar...” Seasungguhnya aku mengaku memang bacaan Al-Qur’an ku lemah.. lebih-lebih lagi dah lama tak membacanya... bukannya lama dek hari.. tapi tahun... Malam seterusnya pun kami sekeluarga(famili besar) akan membacakan Al-Qur’an disana dan memang betul-betul pelik kerana bacaanku lancar seperti sering membacanya... aku berani mengaku yang bacaanku waktu itu amat lancar....
3. Pada pagi itu, selepas habis Yaasin itu dibaca ramai orang yang membantu menyiapkan persiapan untuk jenazah.. Waktu itu aku rasa pelik apabila perutku memulas-mulas yang amat... Tandas di luar rumah itu telahpun aku masuk banyak kali... memang hairan.. apa yang aku makan sebelum ini.. sebab aku ke *** bukannya 1-2 kali..
Sebenarnya sebelum arwah ke hospital, dia sudahpun membersihkan dirinya ..pergi ke *** dan semua...dan, setelah itu barulah dia memutuskan untuk ke hospital... Mungkin kerana iniah aku banyak kali ke *** , mungkin arwah ingin beritahu disituah tempat akhir nyawanya menetap di rumahnya...Pelik betul tahun ini...
1. Tahun ini aku mengambi peperiksaan Penialaian Menengah Rendah.... Selalunya kalau aku akan menghadapi peperiksaan di akan tegur pasal pelajaran atau apa yang perlu dilakukan sebelum atau ketika ber-‘periksa’... Tapi tahun ini, langsung tiada ..contohnya waktu UPSR dulu, arwah ada memberitahu sebelum keluar rumah nak buat apa... nampak sekolah sebut apa.. macam-macam laa.. lepas tuu ada laa.. arwah suruh buat betul-betul... tapi tahun nie??? Mungkin arwah dah tau bahawa beliau tak boleh tahu keputusan aku sejak awal-awal lagi ataupun waktu nak ambil UPSR dulu beliau dah beritahu macam-macam .. sebab itulah dia tak banyak cakap lagi.. mungkin dia percaya yang aku mesti boleh lakukan yang terbaik tahun ini..
2. Atok dah banyak kali tak pergi ke hospital ataupun IJN.. mungkin malas sebab nanti akan letih duduk di katil seharian... tapi waktu sebelum kematian arwah.. arwah memutuskan untuk ke hospital berdekatan...mungkin kerana udah terhutang.....
Dulu ada berlaku, tahun ini jugalah; atok sakit tenat sangat.. dah rupa nazak laa.. tapi... atok tak pergi.. tetapi yang kini.. hanya sekejap.. beliau ke hospital lalu maut udah tiba...

[ Dulu.... aku dan abang saudaraku yang merupakan cucunya, yang kedua-duanya mengambil peperiksaan penting PMR dan SPM .. Waktu itu, kedua-duanya masih belum memegang kertas peperiksaan...
[ Kini ...... kami sudah menjawab... aku dah confirm habis..and MERDEKA lama dah Cuma abang saudara ku sahaja , yang baru menjawab beberapa kertas... dan kedua-duanya tidak tahu lagi keputusan..
Z Dulu..ayahku ada merancang untuk membina perumahan di tanah yang dulunya merupakan rumah arwah moyang ku yang terletak di Mengkan..
Z Kini... ayah aku cuba menanam jagung dan sayur-sayuran lain disitu sementara menunggu pemaju... di samping itu sudah tentulah beliau akan membersihkan kawasan itu juga... mungkin setelah atokku meihat ayahku sudah boleh tolong bersih-bersihkan rumah emaknya, arwah merasa selesa dan tak perlu risau lagi kalau dirinya ingin pergi... atok juga dapat merasa jagung itu....



Pemergian atok disikapkan penuh keadilan...
ý Kesemua anaknya sudah pun berjaya .. (yang terakhir @ universiti termuka yang lain udah
berkerjaya )
ý Kesemua cucunya belum lagi digelar penuntut IPT (lepas Form 5).. dan cucunya yang paling tua
telahpun menjawab beberapa kertas SPM sebelum arwah menemui ajal..
ý [}@ ^>>>>> Ini menunjukkan bahawa kesemua anaknya boleh menaga diri sendiri dan boleh menjaga cucunya(cucu atok)... dan cucunya yang paling tua boleh menjaga diri serta boleh membimbing adik-adik saudaranya..


Atok..... Kami di sini akan sentiasa mendoakan
atok..amin.................................
Bismillahirahmanurrahim... Serah kan Al-Fatihah kepada Para Anbiya’
terutamanya Muhamad SAW, Moyangku, Atok , semua ahli keluarga
besarku dan kesemua Muslimin dan Muslimat sama ada yang mati di
daratan, lautan maupun mati sebagai Angkasawan di angkasa seperti di
Bulan.. serta kepada seluruh kehidupan yang telah dijadikan kamu ,
Tuhan............AMIN.............
“ A happy family is but an earlier heaven”
- John Bowring
Ini lah akhirnya satu blog penuh dengan jiwa yang indah tiba di sini... Kalau ada yang tersilap.. bolehlah komen di sudut bawah..
Sila klik di bawah untuk melihat BLOG PERGINYA ATOK yang mempunyai GAMBAR..

0 ulasan: