Maaf

Salam . Agak lama tak berbelog. Apalah idea nak dikongsi kan. Sekarang ni bertambah sibuk nak-nak lagi tahun akhir, masa tak sibuk ngantuk pulak hehee.. InsyaAllah nanti kalau sambung menjadi blogger sepenuh masa lagi, saya akan lebih berdisplin.
Dari sumber

Planning lepas ni :
1) Buat personal website ; gabungkan semua blog lama (mmg rasa lelah nak update stiap satu blog, finally blog A kosong.. blog B sifar)
2) Blog baru banyakkan tips/teknologi/karya sajak@ cerpen.
Ambil dari sumber

Ok.. Dah lama tak berbelog, that's all fo today yaa.. sorry dah bertahun berjanggut blog ni tak diupdate =_="


Kita dan Mereka

Hidup, membawa maksud bernyawa manakala kehidupan pula boleh didefinisikan sebagai satu perjalanan seseorang di dalam hayatnya menempuhi suka, duka, kejayaan, dan kegagalan.

Kadang RB pernah terfikir adakah RB gagal dalam menjalani kehidupan ini. Seringkali kita membaca akhbar dan berita di tv terpampang ramai persona yang boleh dijadikan idola kerana kejayaan mereka dalam sesuatu bidang; yakni ramai yang masih muda telah melakar nama mereka di pentas mereka. Namun, dimana nama kita?

Jangan diunggahkan dengan kejayaan yang begitu tinggi, cukup lah dengan seseorang yang berjaya dalam kehidupan biasa mereka. Sebagai contoh, RB kenal beberapa orang yang masuk universiti di usia muda seperti 14-15 tahun, pengalaman mereka lebih luas, dan walaupun sebaya mereka sudahpun tamat belajar dan ada yang sudah mahu habis Master sedangkan diri ini masih bergelar mahasiswa degree ketika berumur 22.

Biasa tak kita menonton anime atau drama-drama budak sekolah dimana mereka hidup dalam lingkungan yang hebat sehingga membantu dalam pengalaman mereka mematangkan diri. Ada yang aktif di dalam kelab dan persatuan merasai "pengalaman persekolahan" yang benar. RB tak pernah merasa se-ekstrem aiskrim opkim begitu. Ya, memang ada aktif sehingga memegang  jawatan Ketua Bahagian , Pengawas Media, Naib Pegerusi dan Pengerusi tapi cumalah gunanya untuk dipateri di dalam "buku kredit kokurikulum" untuk menambah bonus dalam markah graduasi tamat persekolahan menengah atas, tidaklah adanya merasa pengalaman indah seperti di drama dan tv bersama sahabat sepasukan membanting tulang empat kerat mengejar cita-cita yang satu seperti filem Ola Bola yang masih utuh di pawagam sekarang.

Mungkin akan ada nanti yang mempersoalkan yang drama tv itu fantasi dan hidup kita realiti memang tidak mampu berdiri di atas kapal yang sama. Ok, kita beralih pada realiti pemain-pemain / pelakon drama atau filem pula. Apabila kalian menonton filem atau drama maupun sinetron sekalipun selalu tak cuba untuk google dan stalk kehidupan artis yang tertera di papan kenyataan Pak Cik Google tersebut.  Ramai diantara mereka sudah mulai terjun ke industri sejak kecil seperti Erin Malek, Diana Dianelle, Chelsea Olivia(Seberang), Nikitta Willy(Seberang) dan ramai lagi. Majoritinya pula selain sukses dalam bidang mereka juga sukses di hal lain dari segi bisnes, olahraga maupun akademik. Adakah kita ini gagal sebenarnya.? Kenapa tidak sama seperti mereka?

Pada pandangan RB, hal ini adalah kerana sikap mereka mungkin. Sikap kerja keras dan displin; bukti kejayaan di bidang lain dipengaruhi oleh satu faktor iaitu usaha keras lalu menjadikan benih untuk kejayaan di medium yang lain. Dan, mungkin sebenarnya kita tak perlu persoalkan sangat akan perbezaan. Mungkin mereka berjaya di sana, tapi kita berjaya di sini. Memang tak mungkin semua sama; bosan hidup kita. Allah Maha Bijaksana.

Sebenarnya rasa cemburu ini normal bagi manusiawi seperti kita, bukannya tidak senang akan kebahagiaan orang lain cuma kita terimpikan untuk berjaya seperti mereka; jadi jangan mengeluh sahabat terus bangkit mahupun sudah 22 tahun ataupun 44, bahkan 66 tahun sekalipun bangkit dan bangun lagi terus berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam.









Result Tak Teruk Tak Gempak Alhamdulillah

     Salam permisa.. Lagi beberapa minggu beberapa hari nanti sudah masuk 1 September 2015. Tarikh bermulanya pengajian pelajar baharu ke universiti-universiti awam (UA) tempatan. Di sini RB nak ucapkan tahniah pada semua dan jadikan ini sebagai satu platform untuk uolls selongkar dan tackle job-job hangat di pasaran.

   Ni nak cerita pasal result final RB. Bila dah masuk u nanti inilah paling student risau , time nak check result final.Ada yang sanggup berjaga jam 12 malam semata2 x sabar nak tengok result ada yang berminggu-minggu xnak check sebab risau x DL. Result RB biasa2 je alhamdulillah tak cemerlang tak jugak gagal. Tapi tak dapat la nak tukar kos sbb kos ni susah T_T...

Ok sebelum start semester baru RB nak terangkan laa satu persatu courses RB ambil semasa semester pertama di Semester 3(Program Penerapan UiTM)

Programme: CS243 Bachelor Of Information Technology (Hons.) Intelligent Systems Engineering

Faculty: CS Faculty Of Computer And Mathematical Sciences

Courses:

CSC510 DISCRETE STRUCTURES 3.0
- Discrete Structure atau lebih dikenali sebagai Discrete Mathematics bagi tahap bawah2. Sepanjang RB study course ni apa yang RB dapat simpulkan dia adalah gabungan Discrete Math dengan Data Structure. Beza dengan Discrete Math, lebih kepada ilmu teori dan logik programming dan bukannya fokus kepada mathematics sangat walaupun ada beberapa silibus lebih kurang tapi RB dapat rasakan objectives dia bukanlah fokus pada math sangat tapi lebih pada programming. Dia sangat bagus untuk latih critical thinking kita. Kesimpulannya, computer science is one of mathematics field.


CSC520 PRINCIPLES OF OPERATING SYSTEMS 3.0
- OS ni biasalah RB kena ulang benda sama seperti diploma. Belajar pasal OS macam linux, windows, Mac. Belajar peranan setiap manager dan semua lah yang berkaitan dengan komputer. Course ni tak banyak praktikal programming seperti diploma tapi tambahkan lebih banyak baca teori dan kira-kira. Kira rugi laa sapa-sapa yang tak ambil Diploma Sains Komputer dulu. Tapi tak apa, asal ada usaha kita boleh belajar.

CTU555 MALAYSIAN HISTORY 2.0
- Tak tahu kenapa RB kena ambil Malaysian History instead of Hubungan Etnik. Tapi silibus and isi course ni lebih kurang je sama cuma adalah tambah-tambah sikit elemen sejarah2 yang kita belajar kat sekolah dulu.. So guys apa lagi dah lama tak menulis 4 muka surat satu soalan en.. masa ni laa kita kasi..huhu

ELC500 ENGLISH FOR ACADEMIC READING 2.0
- Yang ni focus lebih pada Academic Reading . Adalah laa proses2 mcm skimming, scanning semua tu . alaa senang sajo... Better fokus betul2 sbb penting untuk FYP thesis nanti.


ITS462 FUNDAMENTALS OF ARTIFICIAL INTELLIGENCE 3.0
- Ni tak perlu cerita . Dia selongkar semua asas mengenai Kepintaran Buatan. Tak silap RB budak pure Computer Science pun ambil tapi kod lain . Bezanya mereka lebih pada teori dan kami fokus banyak pada calculation. Macam statistik juga laaa..

ITS472 DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS 3.0
- Database ni sama macam diploma. RB tak dapat buat pengecualian kredit sebab ada limit. Tapi untungnya belajar semula adalah software. Kalau dulu kami belajar guna DB2 , degree guna Oracle pula,

TJC401 INTRODUCTORY JAPANESE (LEVEL I) 
- Hai..! Hai! Hai! One3... Haha tu je laa tau. T_T . Ni bahasa jepun untuk modul 1 ni fokus pada basic perbualan harian dengan menulis dan membaca huruf2 hiragana. Sekarang RB masih tak hapai2.. :(


Ok everyone that's all for today.. Haipp! Cakap Melayu lah! Tadi da kena marah dengan Pak Blogger bilangnya how bout you write in Malay? Jadi den pun tuleih la dlm baso den . Ok itu yo lah nk dikobaran kek ekau sumuo. Salamaik Pagi. Mugo senantiaso gomok . Den nak poie sarapan dulu laa yo... Tata..

Ulang Tahun Ke 16 UiTM Sebagai Universiti

           Alhamdulillah diucapkan syukur setinggi-tingginya . Pada hari ini genaplah 16 tahun UiTM bergelar universiti di industri pendidikan awam.


            Tatkala ramai anak-anak Malaysia sedang riuh ingin menyambut kemerdekaan negara, seluruh warga UiTM bangga pada hari ini dengan tangisan gembira memperingati titik peluh wira kampus yang berjaya memperjuangkan MiT (MARA Institute of Technology) suatu ketika dahulu untuk dijadikan sebuah universiti yang digelar UiTM (MARA University of Technology) kini,

            Kini, UiTM bukan sahaja menjadi universiti yang memperjuangkan nasib anak-anak pribumi maupun sebagai universiti terbesar di Malaysia bahkan telahpun memecah rekod dan menemui temuan penyelidikan hebat dalam segala bidang sehinggakan memiliki tempat di dalam ranking universiti terbaik dunia.

             RB kali ini terbawa untuk menulis sedikit pendek, cukuplah padat dan membawa erti pada semua; sebagai pejuang generasi baru kenalah berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memartabatkan UiTM di mata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah UiTM boleh ke http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/profil-sejarah-uitm/sejarah-pembangunan

Keputusan UPU 2015

     Salam semua .. Mesti ramai yang ke sini adik-adik lepasan stpm, matrikulasi ataupun diploma yang tengah menitiskan peluh-peluh keramat menunggu jam 12 tgh hari esok. Adik-adik rasanya mesti semangat semua tengah dalam semangat berkobar-kobar sampaikan kalau boleh bendera Malaysia pun nak dikibar betul tak? hehe..

Tadi abang RB check @ Google Trending pasal keyword UPU dan memang terbaik kerana ini antara pencapaian ranking pertama negara haha..



Nampak sangat adik-adik kita da tak sabar sangat nak tunggu jam 12 ptg esok 11/8/2015. Antara keyword yang popular adalah upu semakan, permohonan upu, keputusan upu, upu, upu 2014, online upu, uitm, upu uitm, dan kemasukan upu.


Ini adalah tarikh keputusan ke IPTA pada sesi September 2015

Penerapan/Kemasukan UiTM -MULAI 12 OGOS 2015 (RABU) JAM 3.00 PETANG
http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm
UPU - 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM http://upu.mohe.gov.my/web/pendaratan.php

USM - 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM https://pohon.usm.my/

UM - 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM 
https://myum-id.um.edu.my/

Jadi pada semua calon-calon UA  ni.. RB ucapkan Gottorakku laaa dan semoga dapat program dan universiti yang diminati. C yah!.

Tiada lagi Majalah Ujang

     Semalam RB check di facebook ternampak satu status dari sahabat-sahabat mengenai dek Kartunis Lengkuas yang menyatakan Majalah Ujang iaitu antara majalah kartun lokal yang TOP telah pun berhenti.

     RB tanya adik sedangkan dia memang peminat kipas-susah-mati komik nasional. Tergamam terus check . Ingatkan fitnah atau gurauan, akhirnya terbuktilah kesahihannya dari Timeline Kartunis Lengkuas yang memberitahu MOY PUBLICATION SDN BHD yang merupakan penerbit UJANG dan APO!? telah memberhentikan operasinya.



             Ramai peminat meluahkan rasa sedih di twitter mahupun facebook.. blog? opkoslerr lagi banyak mencurah-curah ayakk mata kami menulis mana taknya trending betul isu ni semalam.. hehe..  Ikut maklumat syarikat ini berhenti kerana mengalami masalah dengan sistem baru GST namun ada juga yang mengkhabarkan akan kemenangan bro Ujang Budak Minang bagi kes paten majalh itu yang dah berlansung dari dulu lagi . Wallahualam. Kalau benar bersyukurlah kerana kebenaran akhirnya ditegakkan tapi kalau tidak mari laa kita doakan agar semua nasib kartunis Malaysia terbela lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi agak membimbangkan ini.

FB Ujang Anak Minang
        Di bawah adalah antara status peminat yang RB jumpa.. Sedihnya.. Ye la Majalah Ujang dan Apo!? seolah2 sudah menjadi teman kita sehari2 dari kecil hingga dewasa ini.. Walau apapun terjadi masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari MOY tentang sebab tamat operasi. Kita sebagai peminat doakanlah agar industri komik dan manga negara semakin berkembang dan para kartunis terbela .. Amin..



Di Lendu dulu..

    Salam semua, sejak tulis pasal convo semalam asyik teringat je pada UiTM Lendu. Mana taknya 2 tahun jadi orang Melaka. Sampai Shah Alam awkward gilaaaalaa semua lain, satunya yang paling rindu tak macam di lendu Polis Bantuan selalu bagi ceramah pagi haha..

    Di Lendu dulu jumpa ramai orang hebat-hebat dr pelajar hinggalah ke lecturer.  Kolej Tun Perak dan Kolej Kasturi banyak kenangan di sana . Macam-macam aktiviti kolej yang best teringat sampai ke hari ini. British style dan semangat 1 Kolej antara semua membuatkan RB rasa rindu untuk jadi pelajar diploma Melaka semula. Banyak kenal senior yang hebat-hebat dan join aktiviti yang best. Dari senior banyak diajak join bisnes atau kerja part time di Kafe Syahbandar. Di Kafe banyak belajar dari Pak cik dan Makcik yang jadi boss situ. Dapat save budget time ni.. :)

Throwback: Convo Diploma

    Assalamualaikum semua.. agak lama tak menulis blog. Nak kata busy takda la busy mana tapi tu la ramai yang cakap lebih sibuk lebih berdisplin seseorang itu menghargai masa mereka. He hee...

    Pada Selasa lepas RB sama-sama famili pergi ke Lendu, Alor Gajah sebab nak konvo. UiTM Melaka sekarang dah autonomi jadi urusan ambilan pelajar hinggalah ke konvo terpisah dengan induk, UiTM Shah Alam. Konvo ni pada 12, 13 MAY sebenarnya. Kiranya RB memang lambat seminggu tulis post ni tapi takpe laa tulis sekadar kenangan.
    

    Selasa ambil jubah dengan upacara pra-graduasi, Rabu baru graduasi sebenar. Rasa rindu betul dengan UiTM Lendu . Dah setahun tak ke sini bila pindah ke UiTM Jasin dulu. Di sinilaa semuanya bermula. Dulu RB selalu tak paham dengan diri ni sendiri kenapa tergerak hati memilih diploma di UiTM Melaka berbanding tahun pertama degree UTP tapi alhamdulillah akhirnya tamat dengan jayanya dan dapat sambung degree berkaitan software engineering dalam BIT lebih kurang sama dengan UTP dulu tapi sekadar beza setahun dan di UiTM, tak apalah teruskan degree ni.  

Alhamdulillah, Degree di UiTM Shah Alam

 Salam semua, hari ni nak share berita gembira. Tadi masa dalam LDP tengah majlis penutup untuk raikan bekas guru, sempat untuk semak keputusan penerapan UiTM di http://online.uitm.edu.my/keputusan_main.cfm


Untuk yang nak semak juga boleh klik pilih kelayakan/jenis permohonan masing-masing. Kalau Fieq pilih "Program Sarjana Muda Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM". Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan semak.


Atas nilah keputusannya. Alhamdulillah dapat di Kampus Induk Shah Alam dan Ijazah dalam bidang kejuruteraan AI. Selain AI, Fieq target Netcentric sebab skop bidangnya yang amat menarik tetapi tetap bersyukur dengan keputusan ini. Insyallah Fieq akan usaha lebih giat lagi. Pada yang mendoakan terima kasih (termasuk anak-anak murid yang beri gelaran "SE" tu hehe).