JCRC UPM

00:58 Raf 0 Comments

JAPANESE CULTURAL & RESEARCH CLUB UPM


About
Japanese Culture and Research Club (JCRC) ditubuhkan khusus untuk pelajar-pelajar UPM yang meminati budaya masyarakat Jepun.



Mission
Mengkaji dan mendalami budaya Jepun. Menyemai nilai-nilai positif dalam budaya masyarakat Jepun untuk diamalkan oleh ahli-ahli kelab dan orang ramai. Menjadi platform bagi pelajar yang berminat dalam budaya Jepun untuk berkongsi minat dan memperkaya pengalaman masing-masing. Meningkatkan prestasi pelajar dan juga penguasaan bahasa Jepun. Menganjakkan sikap dan mentaliti pelajar dalam kehidupan. Meneruskan misi dan dasar “Pandang ke Timur” yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.


Description
Japanese Culture and Research Club (JCRC) atau Kelab Penyelidikan Kebudayaan Jepun ini ditubuhkan khusus untuk pelajar-pelajar UPM yang berminat dengan budaya masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun adalah merupakan antara bangsa yang paling dihormati di dunia. Budaya dan etika yang diamalkan oleh mereka ini adalah begitu indah dan telah menambat hati orang ramai di seluruh dunia untuk lebih mendalami budaya Jepun. Kewujudan kelab ini adalah untuk menyediakan suatu payung atau wadah yang menghimpunkan pelajar universiti ini untuk mengkaji budaya masyarakat Jepun dengan lebih mendalam.
Kelab ini akan menjalankan kajian terhadap budaya masyarakat Jepun yang mereka amalkan setiap hari dan kami akan cuba untuk menyerap sedikit sebanyak elemen-elemen positif yang dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, kami juga akan menyebarkan amalan-amalan positif tersebut kepada pelajar lain dan juga masyarakat umum jika berkesempatan melalui aktiviti-aktiviti yang kami anjurkan.

Contact: https://www.facebook.com/JapaneseCulturalandResearchClubpage/info

0 ulasan: