Di Lendu dulu..

12:00 Raf 0 Comments

    Salam semua, sejak tulis pasal convo semalam asyik teringat je pada UiTM Lendu. Mana taknya 2 tahun jadi orang Melaka. Sampai Shah Alam awkward gilaaaalaa semua lain, satunya yang paling rindu tak macam di lendu Polis Bantuan selalu bagi ceramah pagi haha..

    Di Lendu dulu jumpa ramai orang hebat-hebat dr pelajar hinggalah ke lecturer.  Kolej Tun Perak dan Kolej Kasturi banyak kenangan di sana . Macam-macam aktiviti kolej yang best teringat sampai ke hari ini. British style dan semangat 1 Kolej antara semua membuatkan RB rasa rindu untuk jadi pelajar diploma Melaka semula. Banyak kenal senior yang hebat-hebat dan join aktiviti yang best. Dari senior banyak diajak join bisnes atau kerja part time di Kafe Syahbandar. Di Kafe banyak belajar dari Pak cik dan Makcik yang jadi boss situ. Dapat save budget time ni.. :)

0 ulasan:

Throwback: Convo Diploma

16:00 Raf 0 Comments

    Assalamualaikum semua.. agak lama tak menulis blog. Nak kata busy takda la busy mana tapi tu la ramai yang cakap lebih sibuk lebih berdisplin seseorang itu menghargai masa mereka. He hee...

    Pada Selasa lepas RB sama-sama famili pergi ke Lendu, Alor Gajah sebab nak konvo. UiTM Melaka sekarang dah autonomi jadi urusan ambilan pelajar hinggalah ke konvo terpisah dengan induk, UiTM Shah Alam. Konvo ni pada 12, 13 MAY sebenarnya. Kiranya RB memang lambat seminggu tulis post ni tapi takpe laa tulis sekadar kenangan.
    

    Selasa ambil jubah dengan upacara pra-graduasi, Rabu baru graduasi sebenar. Rasa rindu betul dengan UiTM Lendu . Dah setahun tak ke sini bila pindah ke UiTM Jasin dulu. Di sinilaa semuanya bermula. Dulu RB selalu tak paham dengan diri ni sendiri kenapa tergerak hati memilih diploma di UiTM Melaka berbanding tahun pertama degree UTP tapi alhamdulillah akhirnya tamat dengan jayanya dan dapat sambung degree berkaitan software engineering dalam BIT lebih kurang sama dengan UTP dulu tapi sekadar beza setahun dan di UiTM, tak apalah teruskan degree ni.  

0 ulasan: