Tarikh Puasa Ramadhan 2013 Bersamaan 1434 Malaysia

10:55 Raf 0 Comments

            Tarikh Puasa Ramadhan 2013 Bersamaan 1434 Malaysia | Bulan Ramadhan bakal menemui kita tidak lama lagi. Pasti bagi mereka yang mengetahui kelebihan bulan Ramadhan akan merindui bulan ini. Bulan di mana semua pintu Neraka di tutup dan pintu syurga di buka seluas-luasnya. Subhanallah, betapa sayangnya Allah kepada kita sebagai hamba-NYA.


           Adakah anda sudah bersedia menghadapi Ramadhan kali ini. Ayuh kita persiapkan diri kita dengan latihan berpuasa dengan berpuasa sunat dan meningkatkan amalan ibadah kita.


Tarikh bulan puasa awal ramadhan 2013 di Malaysia jatuh pada 10 Julai 2013
SELAMAT MENANTI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK :)

0 ulasan:

Buah Kurma VS Kiamat

23:40 Raf 0 Comments

Date Cheese Cake

        Hi.. Assalamualaikum semua.. Hari ni Fieq nak share sikit tentang satu hadis nabi kita yang berkait mengenai kepentingan amanah atau kerja di dalam aspek islam. Fieq teringat ustazah yang juga merupakan mentor atau di alam universiti lebih digelar sebagai Penasihat Akademik. Beliau pernah tegur Fieq masa di alam persekolahan dahulu apabila Fieq sedikit kecewa dengan keputusan, dan bertanya sama ada patut untuk berputus asa.. Hal ini sebenarnya bersangkut paut dengan pembuangan subjek Sains Pertanian untuk satu kelas sedangkan itu antara subjek paling Rafieq minat dan satu sahaja peluang Fieq untuk layak ke Asasi Sains Pertanian sekiranya Fizik hanyalah cukup-cukup makan..
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

0 ulasan:

Transformasi Minda : Universiti VS Sekolah

08:54 Raf 0 Comments

         Perubahan Minda. Ia adalah satu cabaran yang sangat hebat bagi seorang mahasiswa / mahasiswi untuk mengharungi perjalan alam universiti. Saya kategorikan dua kelompok pelajar yang telah mendaftar iaitu pelajar cemerlang dan sederhana cemerlang.


          Alam persekolahan dan Universiti adalah dua (2) alam yang jauh bezanya bagi yang benar-benar nampak. Matlamatnya sama, iaitu untuk menuntut ilmu tetapi caranya adalah tidak sama. Berapa ramai pelajar cemerlang di alam persekolahan tetapi kecundang di universiti. Begitu jugak pelajar yang sederhana cemerlang menjadi lebih gemilang bila masuk ke Universiti.

0 ulasan:

Selamat Menyertai Alam Universiti

08:45 Raf 0 Comments

        Assalamualaikum kepada pembaca semua yang sanggup menyuburkan diri anda membaca blog yang tak seberapa ni..Ok.. Sebelum tu tahniah diucapkan kepada adik-adik lepasan spm 2012 yang berjaya mendapat tawaran menyambung tawaran tak kesahlah ke degree ke, diploma ke, asasi, tamhidi, tahun pertama, matrikulasi, A-Level, IB ataupun STPM. Semuanya sama kerana anda telahpun bergelar ahli akademi tinggi.
       Pada 2 Jun ini adanya majlis pendaftaran untuk pelajar baru Universiti Teknologi MARA di seluruh negara. Minggu Orientasi di UiTM dipanggil sebagai MDS (Minggu Destini Siswa) merupakan program seminggu untuk memberi pendedahan tepat kepada pelajar supaya tiadalah berlakunya kejutan budaya apabila menjalani kehidupan di universiti.

0 ulasan: