Ringlet.Brinchang.Tanah Rata. (RBTR)
Hari ini merupakan suatu hari yang boleh dikatakan terbaik buat minggu cuti Tahun Baru Cina ini. Fieq sekeluarga telahpun merasai detik-detik manis dan segar selama berada di Cameron Highland .
Perjalanan dimulakan selepas subuh hari ahad ini, namun kami selamat sampai di Ringlet, Cameron Highland pada 5:30 pm. Masalah demi masalah ditimpa termasuklah kesesakan lalu lintas yang melampau menyebabkan kami sekeluarga kerap berhenti kerana penat serta kondisi ayah yang tidak berapa sihat. Disamping itu, banyak juga tempat-tempat menarik yang dilawati.
Jam menunjukkan tepat pukul 7:30 pabila tiba di Brinchang. Fieq bersama keluarga menetap semalaman di Hotel Chua Gin.
Ramai betul orang sampai hotel budget un ramai berebut-rebut.. Malam tu makan malam di kafe berdekatan. Dengan suhu sejuk memang enak makan char kuey tiauw panas2.. Selesai sahaja makan, terus ke Pasar malam di sana dan beli la apa yang patut..
Pagi esoknya, melawat ladang2... di Tanah Rata... Ini yang lebih bermakna rasanya berbanding yang lain... Kemudian, terus pulang kerana takut sesak seperti semalam :)
0 ulasan:
Catat Ulasan