Suara Haramain: FUTUH MALAYSIA

Suara Haramain: FUTUH MALAYSIA: RSA buatkan persidangan UMNO baru-baru ini, mereka terpaksa menyatakan pendirian tegas dan keazaman yang baru untuk membela dan mendaulatk...

0 ulasan:

KASTURI: Yo KOJaNG! 11 DeC 2012

03:30 Raf 0 Comments

                Huiyoo... ahuk3... Batuk 3x + infinity selesema... Kenapa ni ? Demam ke? Perkara ini mungkin menjadi tanda tanya kepada seluruh warga Bloggers apabila membaca perkataan-perkataan seperti ini, sebenarnya bukanlah itu makna sebenar, cuma ingin 'komplain' sikit dek blog BR yang dah berhabuk ni..


                  Tajuk hari nak kongsi tentang nama baru yang Fieq dapat kat Kolej KASTURI, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah ni. Nama kolej ketiga @ kedua ni dah jadi nama popular dan menetap untuk dipanggil hingga kini.

                   Fieq dapat nama K.O.J.A.N.G ni dari seorang senior part 5 AD yang merupakan senior tertua di Level G.P.P (Geng Pelajar Pintar @ Geng Panah Petir).  Atas alasan aku berasal dari N. Sembilan dan lagu famous ketika itu adalah Apo Kono Eh Jang? (AC Mizal ft Fida), Nama aku dah dipetik dari suku kata "Ko" dan "Jang". Maka jadilah Kojang..

                

0 ulasan:

KASTURI: “PUISI” ?? NAMA BARUKAH?? 9 DeC 2012

19:20 Raf 0 Comments



     Tajuk pada hari ini adalah “puisi”. Kenapa puisi? Adakah Fieq sudah sediakan puisi yang indah buat bacaan kalian semua pembaca yang dihormati sekalian? Salah Yang Amat Berhormat.. hehe..

     Sebenarnya tadi ada berjumpa dengan seorang senior kolej Kasturi ni semasa sedang merentas hujan berdetung-detang beratnya membasahi helaian hitamnya rambut(yang sedikit putih). Dan secara tiba-tiba.. terdengarnya gelaran “Weyh! Puisi!”. 


      Benda ni mesti agak pelik .. and maybe will make you feeling awkward . . 
(Nak speaking pergi TUMBLR laa =_=” )

      Haha.. Mungkin nama “Puisi” ni da melekat sejak induction 4 hari yang lepas. Kiranya dah ada nama kolej la?? “Puisi”?? Ekk.... Tapi pelik laa.. Tapi mungkin pelik ni dikira bagus daripada orang lain yang dapat nama-nama pelik yang memang tak patut diberi kepada insan bergelar manusia. Masa induction tu semua sporting.. Buat je apa nak cakap..

      Sekarang pergi mana-mana, kalau jumpa senior mesti dengar “Woi Puisi!”, “Salam Pemuisi”, dan “ Apa khabar Puisi?” . Ok laa.. Aku terima.. (bangga juga laa sikit ) ß--- Jangan tiru sifat riak tersebut.

0 ulasan:

KASTURI: KLASSINO COLLUMBIAN dan MASSIMO ITALIAN BAKER 2 DeC 2012

11:14 Raf 0 Comments



      Apo nieh?? Apo kaitan dua benda tu dengan hidup di Kasturi ni? Huhu sebenarnya nak bagitahu pasal kehidupan boring bersama roti dan kopi baru yang dicuba pada hari kedua di kasturi ini J


      Pertamanya KLASSINO ni merupakan satu kopi pracampur yang kuat lebih daripada kopi biasa.. Sebagai contoh produk yang selalunya Fieq perlukan 2 paket untuk satu gelas, tetapi produk KLASSINO dengan hanya 1 paket mampu membuatkan kopi pagi lebih enak dan pekat. Produk ni lebih disukai lagi kerna harga promosinya yang teryata murah yakni RM 6.50 sahaja per 24 stik manakala yang lainnya mendekati RM 8.00 untuk 19 sahaja.

       Keduanya, Roti MASSIMO by Italian Baker yang diperkayakan dengan Germa Gandum sangat enak sehingga mampu kenyang dalam tempoh lama sesuai untuk penghidap kencing manis.Selalunyaa kita jumpa full wheat dan ada yang  roti sandwih sahaja tetapi produk ini menyediakan roti sandwich bersama dengan wheat germ yang sememangnya penambah perisa yang hebat disukai ramai.

Tapi diri ni perlukan juga nasi.. Cuma.. mana ? Ada ke kedai buka masa nih
L

0 ulasan:

KOLEJ BARU : SEINDAH BAYU KASTURI 1 DeC 2012

13:07 Raf 0 Comments


              Hari ini adalah hari pertama aku mendapat gelaran sebagai pelajar semester 2 di UiTM Melaka (KAG) dalam modul Diploma in Computer Science. Mula bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan sampai kurang lebih pada pukul 11.30 pagi.
             Pendaftaran kolej dilakukan di Dewan Syahbandar berdekatan Kolej Tuah, bawah Kolej Kasturi dan di atas Masjid Al-Hikmah. Dengan bantuan semua pihak, pendaftaran berjalan lancar. Diberinya nombor bilik KST 1205. Apa tu KST?? KST adalah singkatan kepada Kolej KaSTuri.

            Kolej Kasturi terletak di atas bukit yang tinggi di tengah-tengah (center of campus; CoC) UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. Kolej yang menjadi jiran kepada Kolej Tun Putih ini diberi gelaran De Camerone Highlaende oleh kolej-kolej lain (kalau dulunya di TunPerak pula mendapat gelaran Da Baby). Suasana di sini tenang dan dingin seakan-akan di tanah peranginan tinggi di Cameron Highlands. Seterusnya di atas ini kita boleh menikmati suasana yang indah memperlihatkan seluruhan kampus seperti berdiri di atas KL Tower boleh melihat seluruh kampus.
           Kolej ini juga mencapai gabungan aspek moden dan klasik yang menghasilkan gaya biliknya seakan-akan tinggal di sebuah chalet.  Wakaf dan parkir disediakan untuk kegunaan penjaga yang datang melawat J M:

           Dalam petang hari kurang lebih 1.50 petang ibu bapa aku ajak aku ke Restoran Omak Den di Masjid Tanah. Banyak pilihan masakan Negeri Sembilan yang sememangnya sesuai untuk anda yang berasal dari Barat Semenanjung seperti KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sambil-sambil tu ke kedai runcit berdekatan J .

p/s: baris ni ramai budak level ground tun  perak.. kolej dulu
J

0 ulasan: