One of My Idola, Deddy Mizwar

09:32 Raf 2 Comments



Deddy Mizwar
Deddy Mizwar merupakan seorang pelakon , pengarah dan ahli politik di Indonesia. Kebanyakan filem dan drama beliau berunsur dakwah, agama dan mempunyai nilai moral kepada masyarakat. Antara filem dan drama beliau yang mengesankan ialah siri drama Pengembara, Mat Angin ,Lorong Waktu, Demi Masa, Kiamat Sudah Dekat, Nagabonar Jadi 2,Para Pencari Tuhan, Adillah,Rinduku CintaMu, dan lain-lain.
Pada 28 Mac 2009, Deddy Mizwar telah dipilih menjadi calon Presiden Indonesia. 13 parti menandatangani deklarasi "Koalisi Merak" (Mengutamakan Rakyat) dan memilih Deddy Mizwar dan Mej Jen (B) Saurip Kadi sebagai calon presiden dan naib presiden pada Pilpres 8 Julai 2009. 171 juta rakyat Indonesia akan mengundi pada pemilihan umum (Pemilu 2009) 9 April 2009 untuk memilih 560 wakil Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen.
13 parti tersebut ialah Parti Pengusaha dan Pekerja Indonesia (PPPI), Parti Peduli Rakyat Nasional (PPRN), Parti Kedaulatan, Parti Pemuda Indonesia (PPI), Parti Nasional Indonesia Marhaen (PNI Marhaen), Parti Penegak Demokrasi Indonesia (PPDI), Parti Pelopor, Parti Damai Sejahtera (PDS), Parti Bintang Reformasi (PBR), Parti Indonesia Sejahtera (PIS), Parti Merdeka, Parti Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia (PPNUI) dan Parti Buruh
Deddy Mizwar (lahir di Jakarta, 5 Mac 1955; umur 57 tahun) adalah seorang aktor senior dan sutradara Indonesia. Ia adalah Ketua Badan Pertimbangan Perfilman Nasional periode 2006-2009. Deddy Mizwar merupakan anak kepada H. Adrian Andres (keturunan Belanda-Bugis) dan ibunya Nyonya Sun'ah. Ibunya banyak terlibat dengan kegiatan seni teater Betawi di Teater Remaja Jakarta. Deddy mengikuti jejak ibunya dalam seni teater sejak 1973 dan terlibat dalam filem mulai 1976. Akhir-akhir ini beliau mengabdikan diri kepada fiem dakwah Islam bersama isterinya Giselawati. Suami isteri ini menubuhkan syarikat PT Demi Gisela Citra Sinema pada 1996 dan menumpukan drama bernafas Islam meskipun pada waktu itu televisyen belum menerima fenomena tersebut. Drama begini tidak seharusnya terhad pada bulan Ramadan sahaja.


2 ulasan:

7 Tempat Relaks dan Studi Berkesan

01:00 Raf 0 Comments





        Assalamualaikum.. Hari ni tak nak buang masa, terus je post.. sebab hari-hari guruh, petir sampai  tak ada masa nak blog.. Ok.. Hari ni nak bincang pasal Relaks dan Studi.. Selalunya orang akan memikirkan yang "studi" dan "relaks" adalah sesuatu yang mustahil kerana studi lebih merujuk kepada perlakuan fokus yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kefahaman mutlak. Manakala studi dan relaks boleh digabungkan menjadi satu perkataan "learn" atau orang selalu gelarkan StuDySmaRt.

[uitm_melaka1.jpg]

       Diri kita ini berbeza-beza dengan orang, jadi cara termudah untuk mendapat pemahaman optima adalah mencari tempat belajar sendirian yang sepi dan tenang tapi bukan bermaksud tidak mengadakan studi grup, cuma sebagai penambah perisa dalam resipi kejayaan anda. Kerana pemahaman itu melatih kemahiran dan kemahiran itu penting untuk menjalani jentera kehidupan yang dipenuhi dengan praktikal sains.

       Sebagai contoh di Universiti Teknologi Mara Kampus Alor Gajah yang merupakan antara branch campus yang terbesar dan bakal menerima kuasa autonomi dari UiTM pusat untuk mentadbir sendiri seperti mana 5 universiti "rukun negara" kita iaitu USM, UKM, UM, UPM dan UTM. Di sini antara Top 7 tempat paling sesuai untuk studi relaks..

 Tasik Tun Fatimah

credit to Afiqah Amira
Tempat yang dingin dan menenangkan. Memiliki jambatan gantung yang menghubungkan Masjid Al Hikmah dengan biik kuliah @ Perpustakaan. Tasik ini merupakan antara mercu tanda utama bagi  kampus Alor Gajah. Disamping itu, keadaan bawah pokok memberi kita pemandangan hijau dan tidak panas.. Seperti berada di Tanjung Bidara. Tapi hati-hati kerana kegiatan couple banyak di sini..huhu >.<

 Perpustakaan UiTM Melaka Kampus Alor Gajah 

                credit to Prof IT

Satu pusat rujukan utama bagi pelajar-pelajar di UiTM KAG . Ruangnya yang luas dan multi fungsi memberi keselesaan dalam penggunaan khidmatnya sebagai penyebar ilmu pengetahuan.

   

 Dataran Keris

credit to Khairul Akmal Ibrahim
Dilihat dari jauh seakan-akan gelanggang perlawanan  Tun Tuah  Laksamana Melaka dan Taming Sari Gadjah Mada. Di sini melahirkan semangat patriotik kebangsaan untuk pelajar mempertingkatkan usaha untuk semakin maju ke depan mempertahankan negara dan bangsa melalui ilmu. Takkan Melayu Hilang Di Dunia! 

   

 BILIK KULIAH @ DEWAN KECIL

credit to CS 110 A
Ramai pelajar yang memanfaatkan bilik kuliah kosong untuk tujuan studi grup, perjumpaan kelab dan lain-lain. Sekiranya anda selesa dalam keadaan kelas, tempat ini paling sesuai. Jangan risau dengan tempat kosong, UiTM KAG en besarr ~

   

 SURAU DATARAN KERIS

credit to Prof IT
Pada musim cuti atau bukan jam kuliah, surau yang diamanahkan berpenunggu ini kadang kala sunyi sepi sehinggakan  anda boleh "bermalam" di sana tanpa gangguan sesiapa. Selalunya saya jadikan tempat ini sebagai tempat memohon petunjuk akan soalan-soalan programming yang sukar dan memutar kepala. Rakan-rakan kerap lepak di sini bila ada masa renggang antara kuliah , selalunya semasa duit poket cuma seringgit dua.. Haha
p/s: 1 surau lagi di sini diberi nama Surau Al-Munawarah di Zon C Tun Perak.

   

 PARKIR PELAJAR, DEWAN BENDAHARA

credit to Prof IT
Tempat ini hanya lah kawasan lapang di bawahnya untuk pelajar meletakkan kenderaan. Namun, Di belah atas bukit ada satu taman yang indah ditanam banyak pokok yang melindungi anda dari terik mentari. Percayalah tiada gangguan, malah orang yang lalu lalang pun tidak bakal perasaan keberadaan anda di sana.

   

 TUN PERAK, RESIDENTIAL COLLEGE (ZONE C)


credit to Amsyar (ex roomate part 1)
Terletak di Zon C, sering digelar Baby College kerana merupakan kolej bongsu (lelaki) di UiTM KAG. Tempatnya yang luas dan kondusif berbeza dengan kolej di zon A dan B mampu membina satu semangat kental lahirnya daripada keselesaan dalam menuntut ilmu .
p/s: Gundam tu atas meja studi.. bersepah en? :)

Tapi yang paling best kat mana? BALIK umah laa ^.^

0 ulasan:

Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha

12:07 Raf 5 Comments


Nak join? tarikh tamat 1/1/2013
#CAP AyAM #NisaKay #chirp2 #fifie #O.O #PuanG #BNErDeKah

5 ulasan:

Dapat RM 500 Dermasiswa Menteri Besar NS :)

07:18 Raf 2 Comments

         Yea... Money..Money.. Apa itu "money"? Money adalah..blaa.bla... blu..bloo... erk ..

Haha.. Sorry pening sikit biasalah hati an gumbira nih... Sebab apa?? Tak yah tanyelah terPAMPANG kat tajuk tu.. "Dapat RM 500 Dermasiswa Menteri Besar NS :)"  (lawa lak smilley tu dicantas-cantas haha)

Ok..

abang punya

Ni baru betul RAFIEQ :)
   Alhamdulillah dapat jugak bantuan , tak kisahlah sedikit ke apa.. (tapi dulu RM 1000) tapi mungkin dengan sedikit ini juga keberkatan boleh wujud. Kita tak tahu.. Dia Maha Kuasa.

2 ulasan:

Bahasa Melayu bakal jadi bahasa keempat terbesar dunia

23:36 Raf 0 Comments


sumber: 

SUHARNE ZAINUDIN
26 November 2012











Sasterawan Negara, Prof Dr Muhammad Salleh berkata, semua bahasa melalui peredaran zaman dan pengaruh yang terdapat ketika itulah yang melukiskan perubahan zaman seterusnya menjadi penentu kepada lenggok bahasa itu.

Menurutnya, bahasa Melayu mempunyai keunikan tersendiri kerana unsur klasik, kehalusan dan sopan santun yang ada di dalamnya.

“Punca mengapa bahasa Melayu semakin kurang digunakan oleh segelintir rakyat Malaysia pada hari ini kerana banyak yang jahil. Lebih menyedihkan apabila mereka ini menggunakan bahasa campur yang tidak hanya dalam perbualan harian sahaja. Golongan ini tiada rasa jati diri dan tiada martabat. Sedangkan mereka lupa bahawa bahasa itu umpama pakaian peribadi seseorang, pakaian akal fikiran dan perasaannya.

“Jika menggunakan bahasa tempel-tempel ia ibarat pakai pakaian compang-camping, kotor dan tiada keindahan. Orang luar suka bahasa kita, mengapa kita pula membuangnya,” katanya.

Berlakunya keadaan ini, katanya adalah kerana ia mempunyai sangkutan dengan kesan yang ditinggalkan oleh penjajah. Katanya, pada tahun 70-an dan 80-an, rakyat yang ingin mempelajari ilmu di universiti perlu menguasai bahasa Inggeris, jika tidak mengusai bahasa tersebut tiada peluang.

“Pengalaman di Pulau Pinang pada 1957 iaitu tahun pertama kemerdekaan, saya mahu belajar bahasa Melayu tetapi tiada guru yang layak untuk mengajar. Saya percaya di negeri lain pun begitu juga. Pada tahun pertama kemerdekaan, bahasa Melayu sudah dilusuhkan dan dilemahkan oleh bahasa kolonial. Kesannya, pada hari ini terdapat rakyat Malaysia malah orang Melayu sendiri yang menolak bahasa Melayu.

0 ulasan:

Sedih.. Permohonan Biasiswa TERBATAL

21:29 Raf 0 Comments

            Assalamualaikum semua.. Ni Rafieq baru sahaja pulang dari Bank Islam dan Yayasan Munarah... Letih ada.. hampa pun ada.. Sebab permohonan biasiswa Yayasan Munarah sudah tak diterima T_T.. Tak sedar pulak yang tarikh permohonan dah tutup.








Sila ambil perhatian bahawa permohonan pendidikan untuk tahun ini telah ditutup pada 1 November. Kami akan memaklumkan semula pengambilan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Benda ni tak diberitahu, bagi yang selalu update kat grup dia bolehlah tahu. Yang Rafieq ni borang pun sedara yang bagi.. Buat penat je gi sana tadi. Tapi nak buat macam mana da tak ada peluang.

      Oh ye.. Tadi fieq da bayar yuran pengajian uiTM di BIMB, Seremban.


  Untuk semester 2 diploma fieq kena lunaskan sebanyak RM480.00 sahaja. Memang teryata murah!

Murah dan BERKUALITI!! Itulah UiTM!

Nak check status? di sini.
http://bursary.uitm.edu.my/bilpelajarbaru/#


Senarai Bil yang ada
 Nombor BilTarikh BilSesi*Jenis BilAmaun (RM)Status Bayaran
1.num fieq19/11/201220132Yuran Pengajian480.00Belum Dibayar
2.numfieq lagi hehe8/5/201220124Yuran Pengajian693.00Telah Dibayar

0 ulasan:

KEMPEN: Doa Buat Saudara Palestin

00:02 Raf 0 Comments

               #Segmen #Award #Kempen #GiveAway #Bloglist

               Salam.. Memandangkan derita yang tidak pernah tamat di bumi saudara Islam kita, di Palestin yang diganggu oleh rejim zionis Israel. Rafieq ingin wujudkan satu kempen bersama-sama seluruh blogger di Malaysia, Indonesia, Brunei , Singapura bahkan seluruh pelosok dunia untuk menyertai kempen ini. Doa merupakan senjata terbaik, jadi gunakanlah doa untuk menyelamatkan warga Palestin sana. Mudah-mudahan kempen ini menjadi dakwah mahupun sebagai satu ideologi baru untuk membebaskan mereka.
Jata Negara Palestin
Logo Palestin

Cara Blogger berkempen:
1)Aku buat ni ikhlas kalau tanya nak kena follow ke apa terserah..


2)Buat satu pos bertajuk "KEMPEN: Doa Buat Saudara Palestin"

3)Copy image di bawah

4)Bagi mengelakkan perjuangan ini terhenti di tengah jalan,  link-kan ke pos ini supaya semua dapat ikut serta. (http://apit555.blogspot.com/2012/11/kempen-doa-buat-saudara-palestin.html)

5)Tag beberapa blogger untuk bersama-sama melakukan aktivis ini :)

6) Berdoalah buat mereka di Gaza.


Tarikh tutup: Sehingga Palestin aman :)

0 ulasan:

7 Sebab & 7 Faedah Menangis..

08:47 Raf 2 Comments

Salam dari jauh sahabat sekalian.. Harapan sahabat dalam keadaan sihat walafiat sepertimana diri ini sihat berdiri
 Ermm... Apa tajuk ni?? Fieq sakit ke?? Kenapa nangis? cute kitten sorry smiley

Sebenarnya satu blogger ni ada buat pos tentang 7 kebaikan ketawa, jadi hidup ni sekiranya dipenuhi ketawa sahaja maka tak bakal sempurna bukan ~

Jadi semoga menangis.. =="

Ada beberapa alasan manusia menangis:
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana cinta dan gembira.
3. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
4.  Menangis kerana menghadapi penderitaan, rasa takut dan terlalu sedih
5. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
6. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
7.Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.

Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan                                               
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria                                                    
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood                                                    
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun                                                    
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress                                                  
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti                                                      
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan                                                    
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


Last but not least,
Menangis sebab takutkan pencipta kita adalah tangisan yang terbaik. Menginsafi segala yang telah terjadi dan menyesali perbuatan yang keji. Air mata bukanlah penghapus dosa, tapi ianya medium menginsafi diri dan membuka hati untuk berubah. Murah air mata denganNya memang tak rugi. Yes. Tak rugi. Salah satu cara muhasabah diri.

Disaat ada yang kau sedihkan tapi dunia hanya nampak yang gembira sahaja dari emosi plastik kau papar, dan sakit itu kau seorang yang hadap, apa yang perlu kau buat ialah,


Menadah ke atas dan sujud kebawah.

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, danberbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat;dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang kejidan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhandan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatanmematuhiNya. (surah alNahl:90).

2 ulasan:

MedikTV: Saluran Kesihatan Anda!

03:16 Raf 0 Comments


    Salam pembaca dan penggiat blog sekalian, turut kepada pakar-pakar yang gigih mengembangkan bidang Sains Komputer dan Kesihatan serta Bioteknologi.  Nak dijadikan cerita tadi Fieq pergi ke Hospital Jelebu untuk lakukan pemeriksaan dengan doktor oakar, seperti biasalah untuk melihat keadaan penghidap Familial Hypoklaemiac ini sama ada dalam keadaan stabil atau tidak.

    Keputusan doktor menyatakan bahawa kuantiti Kalium Klorida telah meningkat walaupun sedikit dari minggu lepas; 2.4 . Kuantiti normal sebenarnya dalam anggaran 3.5 to 5.0 mEq/L .
(   =_=" teruk x?)
    Ok lah kembali ke laptop tajuknya.. Tadi aku tengok tv kat hospital tu. Wahhhhhh - mulut tak tutup.
Memang saluran tv baru yang hebat. (x dpt la tengok Mari Mar HAHA)  Banyak maklumat yang pesakit boleh tahu apabila berkunjung di hospital atau klinik kesihatan, bukan sahaja dari perkhidmatan pegawai-pegawai yang mesra malah tambahan ilmu dari syarahan digital yang di pasang di hampir seluruh ruang kerja di seluruh hospital .

Berikut adalah antara program yang best untuk tontonan anda :)




About MedikTV, Official TV For MOH Malaysia



MedikTV offering viewers informative & educational programmes focusing on healthy lifestyle, modern healthcare, medicine & treatment to improve the quality of life for all Malaysians.

MedikTV Your Health Channel ;)


 Facebook MedikTV

 Website MedikTV

 Twitter MedikTV

MEDIKTV PARTNER

0 ulasan:

Calculus

00:25 Raf 0 Comments

Calculus atau Matematik untuk Saintis dan Jurutera . Apa perasaan anda ?  Berikan komentar :)
p/s: pelajar CS110 atau Dip Komp Sn akan mengambil Calculus 1 pada sem 2 , Calculus 2 untuk sem 3.

0 ulasan:

Result Sem 1 CS110

11:06 Raf 4 Comments

   
       Salam .. Hari ini adalah hari yang amat mendebarkan buat Rafieq dan mungkin juga buat semua penuntut-penuntut UiTM modul diploma. Hal ini kerana pada tanggal 09 November 2012 pada Jumaat 9 pagi  semua pelajar dibenarkan untuk melihat keputusan peperiksaan semester terkini di student portal.

     Pada mulanya takut nak tengok di emel bila kawan cakap dah boleh check kat email da.. tapi bila pikir-pikir, tak kesah bila masa pun tetap akan tahu jadi fieq bukak emel dan...

  dup... dup... dup...

3.26 _T
Ok tak?? Teruk en? tak dapat DL... tapi Fieq tetapbersyukur sesangat-sangat!! sebab fieq risau sangat tak dapat sambung sebab carry mark rendah gila..  :) Fieq plan sem depan buat dengan lebih SERIUS dan boleh dapatkan keputusan CEERLANG amin...


4 ulasan:

Pergi Maran, Pahang

19:23 Raf 0 Comments


     Tadi baru pulang dari Daerah Maran, Pahang mengikut ayahanda memberi ceramah sesi kelas penanaman tebu telor dengan staf-staf under Jabatan Pertanian Pahang :) di Akademi Usahawan Tani, Maran Pahang



kepala belah kiri.. :)

MoNKey Majik : tukar ke belah kanan





0 ulasan: