Tawaran Latihan Separa Perubatan :)

09:24 Raf 0 Comments

Hari ni balik umah dapat surat tawaran dari SPA - Kementerian Kesihatan Malaysia..

Boleh rasa gembira gak lah.. lebih-lebih lagi dapat tugas pegawai perubatan dan pegawai kesihatan persekitaran yang diimpikan. Tapi 12 Oktober 2012 ada exam final csc 128.. Jadi bende nih kena lepaskan dululah...




0 ulasan:

Berkat Baju.

23:36 Raf 0 Comments

             Baju... Baju adalah hiasan.. bla3......... FULLSTOP!


          Kita mula perbincangan kita tentang episod malam ini (follower mkin b'krg jgn b'leter lak)...  Malam tadi memang penat, dengan habisnya TEST 3 CSC 128.. Terus melabuhkan sujud kepada Illahi menunaikan fardhu Asar yang digemari.. 

        Lepas selesai, diri ini bangun dari mimpi menyingkap telefon bimbit , mendengar berita akan perjumpaan petang Kelab Bahas dan Orator.. Minta maaf tak dapat datang... Tiba-tiba mesej diterima 

cout << " Sila datang ke Dewan Syahbandar mlm ini 8:15";


              8:15?? pukul 8.00 test3 untuk CSC 118 pula yang menyergah!! Tak terdaya untuk dihalang raksasa DEBaT tewas 1-0 . Keputusan berpihak terus kepada TEST! 


  • Malam ni first time pakai baju AreCs .. and first time boleh lupa bende yg da study... ('2nd time same') ..


                Tadi masa 128 pakai pen dinner ..Berkat pen tu rasanya tak dapat ==" .. Soalan un tak paham... Yang paling pening Part C .. Dah habis siap program baru sedar boleh buat func in array .. Tapi memang da tak leyh ubah laa.. Bukan pakai DevC++ or MV C++ boleh edit2 last minit~

              Masa jam 8.00 orang semua dah test, memang da start stress masa tu tambah dengan diri yang kelam kabut nak ke debat or test arini.. Memang tak ong laa hari ni...

             Malam tu first time pakai baju arecs.. (selama ni  En BosS lupe nak bagi =_=" .. ) .. arecs stand for Arena of Computer Science... "Baju hitam"... emm... "same lagi"...emmm... Baju tu ada berkat tak??? Ehmmm... ke tak?? (td soalan senang boleh lupa... so berkat? )

0 ulasan:

Presentation CTU.. Alhamdulillah..

18:30 Raf 0 Comments

           Petang tadi ada presention untuk subjek Asas dan Panduan Islam CTU101 , Centre of Islamic Thought and Understanding, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah. Sebenarnya agak risau pada mulanya takut kawan-kawan dalam group tak dapat isi-isi yang baik untuk dibentangkan kerana kami kurang berbincang untuk persembahan kali ini.


            Kelas dimulakan dengan persembahan kumpulan lain.. Memang satu persembahan yang cukup lengkap dengan ahli-ahli yang memang mungkin boleh jadi ikon yang paling terserlah dalam kelas ni.. Untuk itu, mulalah rasa.. Kalau Fieq buat macam entah apa-apa lepas ni, memang rendah lah markah.. Habis je presentation terbabit.. Dijemput kumpulan kami pula...

   
           Ada yang rasa takut dan ada yang rasa cemas.. kerana mungkin kami tidak boleh setanding apatah lagi lakukan yang lebih baik daripada 4 orang pelaja cemerlang sebelum ini... Tetapi , alhamdulilah .. semuanya berjalan lancar. Ustaz tak marah-marah.. Jadi , mungkin bolehlah presentation tadi.. Thank you ustaz (ustaz ni mmg baik un)
           Tadi fieq ada terjumpa status kawan yang tulis kecewa dengan presentation die tadi sebab tak sama macam die nakkan. Memang lah die gemuruh dan teragak-agak tapi it nice since he do his best and took the bulll by its horn.. to standing up there performing like a stars~ (english jap ^^)
arghhhh...kecewa gila presentation x jdi sperti yg diharapkan......

#mistakes makes perfection
Like ·  · 45 minutes ago · 
          

Gagap la aku bagi presentation CTU =_=
Unlike ·  ·  · 3 hours ago

              Secara keseluruhan, Fieq nampak raut muka ustaz agak puas laa dengan pembentangan tadi. Ya memang tak sebaik dengan yang lain. Asalkan tak menyusahkan orang lain.. oklaa enn..

0 ulasan:

Benda baru itu membantu :)

18:29 Raf 0 Comments

            A-S-S-A-L-A-M-U-A-L-A-I-K-U-M. Hari ni best sebab kelas BEL120 xde :P  akhirnya dapat habiskan topik last Matematik Diskret.. Yang sebenarnya .. sebelum belajar topik yang baru kita akan kata susah kerana takut untuk berubah.. tapi setelah belajar kita sedar perkara baru berguna untuk memahamkan keseluruhan bab.. 


           Hari ni contohnya dalam kelas C++ dan Algorithm belajar array n string... baru sedar benda macam looping, selection dan lain-lain tu macam benda biasa-biasa ja.. Hari juga belajar Math Induction.. habis je bab ni baru lah perasan Discrete Math ni apa :) ..


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286) Al-Baqarah ayat 286..

        Oleh hal yang demikian, tiada benda yg kita tak boleh buat, semuanya mampu kita lakukan dengan pertolongan Allah swt. Allah takkan bebankan kita melainkan dgn kemampuan kita jua. 


       Jangan sesekali terlintas di hati dan fikiran kita bhw hidup ni menyusahkan melainkan Allah hanya mahu kita menjalani ujian supaya menjadi hamba yg lebih sabar dan tabah terutamanya dalam menhadapai ancaman org2 kafir.

Wallahualam

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, 
maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, 
maka ALLAH menguji kesabaranmu",

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, 
maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

0 ulasan:

Moto ada.... KUNCI MANA!!????

17:27 Raf 0 Comments


 Pagi ni memang tak paham.... Masa aku nak pergi menunaikan pelaburan yang berbagai-bagai... terserempak dengan sekumpulan pelajar yang bersiap-siap nak gi kelas ... Dalam tengah borak-borak tu... Tiba-tiba ada yang nak pinjam moto.. aku bagi je laa sebab aku kelas kol 10 lambat lagi... 

   Tapi bila dalam kol 9.... aku nampak moto tersadai kat depan... yang jadi persoalan... MANA KUNCI!!?? Tanya budak tu die ada kat kelas... Seram lak da~~ Moto tu jalan sendiri ke...
     Dah pukul 10.20 hujan sangat lebat dan masa tu jumpa budak2 kelas ni... Dalam hati ni dah tak taw nak buat apa follow je laa diorang... dah lama aku x jalan memang sakit gile kaki aku.. + time ujan licin nih!!
     Petang nih aku terserempak ngan die kat YG... Die minta maaf sebab dia lupa bagitahu motor siapa yang dia pinjam kat kawan die yang hantar dia pagi tadi.. Jadi, orang minta maaf memang kena maafkan lah... Maybe petang ni budak tu bagi kat bilik aku.. key laa.. pakai WiFi free nih kejap je... Sebab ada kat area library je...T_T Bye~

0 ulasan:

UiTM Anthems

17:18 Raf 0 Comments


UiTM Official Anthems ( Lagu-lagu Rasmi UiTM )
1. NegarakuNegaraku.flvDownload: Song | Minus one | Video clip
2. UiTM di HatikuUiTM di Hatiku.aviDownload: Song | Minus one | Video clip
3. Wawasan Setia Warga UiTMWawasan Setia Warga UiTM.aviDownload: Song | Minus one | Video clip
*If you can’t play the video clip, click here to download the video player.
  • Sequence of anthems played during formal event(s)?
  • Lyrics?
*Formal Sequence:
1. Opening by: Negaraku.
2. Followed by: UiTM Di Hatiku.
3. Closing Ceremony: Wawasan Setia Warga UiTM.
UiTM di Hatiku
Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurnaKu yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsakuMajulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya…… demi bangsaWatikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua..
UiTM… Usaha, Taqwa, Mulia.
Song Composer: Osman Mohamed
Lyric Editor: Osman Mohamed
Wawasan Setia Warga UiTM
Bersatu kita pelajar UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat wajaKita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsaKita… jangan mudah terleka
kemajuan, keamanan yang adaKita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah pelajar berwawasan
Untuk Negaraku.
Song Composer: Sahar Sa’di Hashim
Lyric Editor: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

0 ulasan:

Saya budak U!!!

17:05 Raf 0 Comments


           Ramai yang kata aku budak u... aku budak u... Tapi apabila kita dengar bila ditanyakan uni mana?? Kita akan jawab.. "Urmm.. Urmmm.. Urm... UiTM sahaja..." Kenapa malu dengan UiTM?? Mungkin kita akan labelkan Uni ini Tuk Melayu adalah satu uni yang lemah dan lembab serta bilangan kampusnya yang banyak membiarkan kita berfikiran mudah .. Yang dimana, kita masuk atas dasar nasib.. belas "kahsian"... 
           Saya memilih UiTM kerana universiti ini banyak kelebihannya . Hal ini juga telah memberi saya kata putus untuk pergi berhijrah dari Uni Tek. Petronas di Tronoh sana. Untuk makluman anda UiTM merupakan universiti yang memiliki kampus terbanyak dan terbesar di Malaysia dan mungkin di seluruh dunia ini. UiTM ini juga adalah universiti yang termurah kerana telah diberi subsidi oleh kerajaan pusat mahupun minoriti. 
Fikir pula pada belah yang irona, kenapa kerajaan hanya memberi kelebihan ini hanya kepada UiTM?? Sudah tentulah kerana pencapaian institusi ini dalam memberi faedah kepada negara sangat tinggi, kalau tidak cuma menjadi serpihan kaca di lemari; hal yang bahaya tetapi lansung tiada peduli.
           UiTM juga mendapat akreditasi penuh dari badan-badan tertentu seperti MQA dan JPA.  Oleh hal demikian, agak sukar untuk kita dengar berita tentang penganggur dari kalangan pelajar UiTM . (UTM, UKM, UM yang dibanggakan sangat tu lah banyak bersepah nak PTPTN mansuh sebab diorang takde kerja sampai sekarang)
Dari segi pencapaian dalam kajian dan inovasi UiTM telah terlebih dahulu ke depan (USIM juga nampak peningkatannya) . Hal ini sekaligus meningkatkan publisiti universiti ini apabila rekod-rekod pencapaian termeterai di dada-dada akhbar dan kaca tv.
        
         Jadi, tak peliklah kalau banyak iPTS serta kolej-kolej di luar sana berebut-rebut untuk menjadi ahli bersekutu serta mendapatkan pengesahan akreditasi di UiTM serta berlumba-lumba untuk menjadi kolej bersekutu yang terbaik..

        Apa pendapat anda?? Masih malu menjadi warga UiTM??


0 ulasan:

Perancangan Yang Tepat Pagi Ini

10:58 Raf 0 Comments

     Hai... NI Rafieq... Ingat lagi tak?? Haha... Sapa nak ingat blogger yang da tak selalu update enn~ Dari follower 200 tinggal 93 jerk! Tak pe.. tak pe... T_T

     Ok back to the topic... Pernah tak pembaca dengar tentang frasa " Nasib baik dalam nasib malang" ?? Sebelum nak memberi definisi penuh tentang maksud frasa tu fieq nak cerita apa yang berlaku PAGI tadi...

    Pagi tadi pukul 7 fieq da bersiap siap untuk mandi dan bersiap-siap (waktu cuti memang senang bangun kalau nak banding masa kelas (: E)  Plan Fieq senang je.. nak keluar untuk...

      Mula - mula nak keluar duit dekat pintu pagar UiTM Lendu nih jerrr.... Tapi masalahnya tiba-tiba datang satu kereta punya lah laju Zooooooooooo000mmm!! Time tu terus elaklah.. Nak jadikan cerita fieq da terlansung dari ATM tu.. terpaksa laa pergi ke masjid tanah ..Tapi masalahnya... memang tak pernah bawak sendiri motor nak ke MT tu (orang baru laa nih!).. Selalu dengan kawan gi sana.. jadi just sikit2 boleh laaa ingat... Tapi last2 fieq tahu yang fieq dah SESAT !!!! Tengok kiri kanan Papan tanda tulis PORT DICKSON! Haish bayangkan dengan lapar xde duit bagai masa puku 9 pagi dekat PD!!!  Cam ^*&$%!!

Bas merah nih antara satu sebab napa aku SESAT!!
       Bila dah pusing2 pergi tempat sama... last jumpa satu lorong.. dalam hati kata dah takde jalan lain , jadi cuba je laa... Dan dari lorong tu jelas mata nih tiba-tiba terbuka dari pejaman lama melihat serinya Kompleks  Rakan Muda LENDU!!! Yes!! 

beli RM2 kuih elak lapar T_T
      Pada pukul 10.20 diri ini terus memecut hingga akhirnya tiba di perkarangan UiTM Lendu.. Akan tetapi selesai sahaja berhenti di parking Polis Bantuan.. Minyak dah habis T_T... !! MEMANG SMART!! BIN TEPAT!! BINTA LENGKAP!! 

     Sekarang ada kat surau nak siapkan assignment :'( dah abis assignment baru pergi ke Alor Gajah naek bas... isi minyak :'(.. K dah laa bye ~

p/s: nih citer pendek aku rasa memang ntah ke mana jauh gile aku pusing2 ulang2 same2 tadi2 :"(

0 ulasan:

Jadual Final Semester 1 UiTM Diploma Sains Komputer

18:39 Raf 0 Comments

     Yes!!! Da dekat final rupanya... Pejam celik dah terpampang timetable tuk final di facebook. Masa ni laa untuk kita boost.. berikan semuanya!!

     Mengenai masanya kira ok sesangat laaa.. sebab ada gap dalam 2 - 3 hari antara setiap subjek. Jadi benda ni memudahkan pelajar untuk ulangkaji semula dan tidak tertekan untuk mengingat semuanya dalam masa satu hari.. Ini kelebihan Diploma :)  .. Tapi ada juga yang tak suka macam ni sebab macam dimanja-manjakan sangat sampaikan ada yang suka bersikap menangguhkan kerja.

  • jadual final exam :))
    plase pray for me n my frenz,,,
    i wish every member in my class doing well inthis FINAL EXAM
    PRAY FOR US MCS110 1A!!!!

     Tapi bestnye diploma, masa cuti sem lama tu pun boleh kerja. Jadi, kita akan ada pengalaman kerja yang mantap lepas graduate nanti berbanding freshie yang mengambil tahun asas yang padat sehingga tiada masa lama untuk cuba bekerja.



    Selain tu, lepas final korang boleh cuba ambil lesen atau sijil kemahiran seperti CIMA ke MCSA ke.. dan lain-lain. Resume inilah yang kita semua akan bawa kemana-mana lepas graduate nanti. Oleh itu, takde la kita nak buang masa lagi selepas graduate baru nak pergi kursus atau meraung tak dapat kerja sebab takde pengalaman. :)

0 ulasan:

KFC Green Curry - Difference

00:05 Raf 0 Comments

0 ulasan: