MUKTAMAD: Pilihan UPU Selesai! 5 saja..

00:19 Raf 0 Comments


Dari 11 yang dirancang Fieq nak putuskan 5 sahaja.. iaitu:-


1) Diploma in Computer Science (Information Technology) ,UTM
2)Diploma in Computer Science (Multimedia) ,UTM
3)Diploma in Game Design and Development, UPSI
4)Diploma Computer Science, UiTM
5)Diploma in Science, UiTM
6) Diploma in Information Technology (Networking), PUO
7)Diploma in Electrical Engineering (Telecommunication), UTM
8)Diploma in Chemical Engineering, UiTM
9)Diploma in Science, UPSI
10)Diploma in Early Childhood Education, UPSI

1) Foundation(ASASI) in Law , UiTM


Kenapa tak nak?

Diploma in Game Design and Development, UPSI
Syaratnya terlalu longgar dan hanya perlukan E dalam Matematik. serta tidak bersifat umum seperti Cs. Cs Fieq belajar lagi banyak.. jadi lebih baik amek CS

Diploma in Information Technology (Networking), PUO

Networking memaang mudah tapi dalam CS ada networking bahkan yang lain pon ada

Diploma in Chemical Engineering, UiTMFieq tak yakin dalam bidang ni kerana Kimia dan Fizik Fieq cu kup makan sahaja.

Diploma in Science, UPSITak tahulah macam mana boleh hilang dari senarai.. Sekarang dah tak boleh kemaskini dah.

Diploma in Early Childhood Education, UPSIFieq lebih cenderung ke arah Sains.. dan seorang yang mudah stress / marah serta tidak berapa sihat

 Foundation(ASASI) in Law , UiTM
Fieq rasa diploma lagi best! :)


0 ulasan:

Yahudi Menggali di bawah Masjidil Aqsa

12:20 Raf 0 Comments

Tadi ada laa Fieq terjumpa benda ni kat FACEBOOK.. gambar Masjidil Al Aqsa..
Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "DOME OF THE ROCK. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak menyedari yang mana satu Masjidil Al-Aqsa.


Tapi perincian dia rasanya fieq x setuju.. Ada sumber mengatakan kubah emas tu masjid umar/ kubah Sakhra. pernyataan tuan macam yahudi sengaja bina kubah tersebut. padahal ia dibina pada zaman khalifah umawi, abdul malik ibn marwan .  Tapi empunya gambar seolah-olah mengatakan yang itu ciptaan Yahudi.. Mungkin ini cuma kesilapan.. Apa-apapun .. wallahualam..

Wall Photos


anda pasti keliru apabila melihat masjid ini kan?? masjid al-aqsa yang sebenar ialah masjid yang kubahnya berwarna hijau gelap dan masjid yang kubahnya berwarna kuning itu adalah bukan masjid al-aqsa..masjid itu adalah untuk mengelirukan umat islam bagi memudahkan kerja merobohkan masjid al-aqsa.. ini adalah kerja orang yahudi yang ingin menakluk tanah suci di palestine itu.. sebarkan article ini supaya supaya seluruh umat islam tahu MASJID AL-AQSA yang BENAR. share kan kepada seluruh umat ISLAM lakukan ini kerana ALLAH.
 ·  · Share · October 30, 2011

0 ulasan:

Dapat anugerah pelajar cemerlang ^^

19:59 Raf 0 Comments


   Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum seluruh pembaca dan penulis ..



Hari ni Fieq dijemput ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Undang Jelebu sebagai VIP untuk menerima hadiah dan sijil sebagai salah seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik (5A ke atas) :)

 
RanGKuek Majlis                                emcee ^^                                  RangKuek Sakulah                    

Fieq di maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKUJ telah menyertai pertandingan PIBG Cemerlang, mewakili Jelebu ke peringkat Negeri. Keputusan telah diumumkan pada 26 Mac 2012 di Hotel Allson. PIBG SMKUJ berjaya menduduki tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa PIBG terutamanya YDP, Encik Azmi Aziz, SU PIBG, Ustazah Sarijah Abdul Salim dan Bendahari PIBG, Cikgu Siti Nurbaya Zulkifly atas usaha mereka. Walaupun tidak berjaya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan, namun PIBG berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM 3000. Alhamdulillah.

     
Salah Satu kebintaraan yang ada pada SMK Undang Jelebu ^^

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar pada 29 Mac 2012 di Dewan Karisma SMKUJ. Ramai ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan mesyuarat tersebut. Ia dimulakan dengan perbahasan usul, dikendalikan oleh Encik Azmi Abdul Aziz, YDP PIBG SMKUJ. Semua usul berjaya dibahaskan dengan baik, oleh ibu bapa dan guru.

   
Jamuan                                         Usul ibubapa                     Cikgu Bukan je mengajar ^^"

Perasmian PIBG disempurnakan oleh Dato' Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan, mewakili Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang tidak dapat hadir kerana urusan lain yang lebih penting.

Dato' Yunus Rahmat; "apak kojap yo ucap nih" (=_=" 1/2 jam?? )
PIBG Terbaik (ketiga) di Negeri Sembilan
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM 2011(hehe ^^) serta keputusan ujian Bulan Mac 2012.
Hati2 semua huhu.. (serious malu nak naik^^ sbb xde laa cemerlang sangat)
Tu je laa.. dapat gak duit (tapi kat Titi lagi best duit dapat beratus-ratus... =_=" BESTNYAA!)

0 ulasan:

Nak isi UPU. Apa yang BEST!!??

02:57 Raf 1 Comments

Orang cakap kalau minat sambung laa mana-mana tetap dekat bidang tu juga. Fieq dapat 5A dalam SPM kali ni. Keputusan UPU perlu diteliti dengan sangat dalam dan perlu berusaha untuk merombak balik pilihan dulu.  Cadanng nak pilih ASASI tapi rasanya basic adalah perkara paling penting dalam menuntut ilmu jadi Fieq rase lebih baik Fieq ambil Diploma supaya lebih memahami. Tapi nak pilih bidang apa ekk?


1) Diploma in Computer Science (Information Technology) ,UTM
2)Diploma in Computer Science (Multimedia) ,UTM
3)Diploma in Game Design and Development, UPSI
4)Diploma Computer Science, UiTM
5)Diploma in Science, UiTM
6) Diploma in Information Technology (Networking), PUO
7)Diploma in Electrical Engineering (Telecommunication), UTM
8)Diploma in Chemical Engineering, UiTM
9)Diploma in Science, UPSI
10)Diploma in Early Childhood Education, UPSI

1) Foundation(ASASI) in Law , UiTM

Atas ni adalah TOP 10 kepada diploma yang fieq suka dan 1 asasi sebagai back-up.


UTM Computer Science

-Program nih merangkumi seluruh bidang Sains Maklumat / Informatik cuma mereka dibahagi kepada 2 kumpulan mengikut kecenderungan mereka.. iaitu IT dan Multimedia. Lepasan diploma diserap ke Rangkaian Komputer & Sekuriti, Database, Kejuruteraan Perisian, Bio informatic, dan Grafik dan Multimedia.


UTM Electrical Engineering (Telecommunication)

-Bidang kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan elektronik, komputer dan teknologi maklumat. Ia sedikit bertindan dengan kejuruteraan penyiaran.

UiTM Computer Science
-Program satu ni agak mencabar sebab di bawah fakulti Matematik.. Jadi Fieq cuma belajar sikit pasal komputer dan lain-lainnya pasal ekonomi, akaun, dan lain-lain.

UiTM Chemical Engineering 

-Bidang kejuruteraan kimia.. Kimia Fieq lemah.. jadi tak tahu lah sesuai ke tak?

UiTM Law ASASI
-Program matrikulasi undang-undang di UiTM

UiTM  Science

-Program satu ni adalah program diploma kepada yang malas nak masuk matrik tapi masih berminat nak sambung medic atau masih tak tahu bidang sesuai.

UPSi  Science
-Program satu ni adalah program diploma kepada yang malas nak masuk matrik tapi masih berminat nak sambung medic atau masih tak tahu bidang sesuai.

UPSi Game Design
-Ini kursus pembangunan permainan di bawah pendidikan. Ia mungkin untuk  membantu para pelajar melendasi dunia baru dengan gaya p&p yang dinaiktarafkan.

UPSi Early Childhood Education 
-Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Mendedahkan bakal graduan kepada aplikasi pengetahuan dan pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya dan kebolehan untuk melaksanakan pengajaran dan interaksi yang positif dan berkesan. Program ini melahirkan graduan yang mampu berinteraksi secara berkesan dengan kanak – kanak dalam situasi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pengurusan dengan cara membina dan mengurus persekitaran pembelajaran yang positif.

PUO Networking
-Ni adalah cabang Computer Science iaitu Sistem Rangkaian. Graduan boleh bekerja sebagai Pembantu Juru  Teknik Komputer

1 ulasan:

Tips dan Panduan Kerjaya Selepas SPM

12:56 Raf 2 Comments

Anda pelajar lepasan SPM?

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM 2011 khususnya. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.


Tips 1: Merancang dari awal

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah. Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.

2 ulasan:

Biasiswa Di Malaysia (banyak lagi. tapi nih antaranya)

11:34 Raf 0 Comments


21 Mac 2012 adalah tarikh keramat untuk para pelajar lepasan SPM kerana pada tarikh ini keputusan SPM akan diumumkan. Ia menjadi penentu langkah perjalanan anda yang seterusnya. Sama ada anda sambung belajar atau terus bekerja. Terpulang kepada pilihan masing-masing.

Namun di usia muda ini, ada baiknya diteruskan dengan pembelajaran. Pastikan anda membuat pilihan kursus atau kerjaya yang tepat dan sesuai dengan anda. Jangan terikut-ikut pilihan rakan sebaya sedangkan anda tidak meminati kursus tersebut.

Baiklah, sesudah anda mendapat keputusan SPM nanti, satu perkara besar yang harus dipertimbangkan ialah mengenai pembiayaan kewangan anda untuk ke IPTA atau IPTS. Semua orang sedia maklum dengan PTPTN. Tapi bagaimana dengan biasiswa? Kenapa pilih PTPTN sedangkan ada puluhan jenis biasiswa yang ada di Malaysia. Jadikan PTPTN sebagai pilihan terakhir anda.
biasiswa maiwp
MAIWP pun ada offer biasiswa
Disini saya senaraikan lebih 40 biasiswa yang ditawarkan pada tahun 2012. Sesuai untuk semua pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Ada banyak jenis, ada biasiswa negeri, biasiswa swasta, biasiswa bank, biasiswa awam. Senarai ini agak bercampur aduk tapi saya harap ia berguna untuk anda. Kalau ada link yang broken mungkin sebab mereka dah tukar link baru.
  1. AMCHAM-MACEE Scholarship Program 2012
  2. ASEAN Scholarships 2012 for Malaysia Closing date, 2 April 2012
  3. Biasiswa / Pinjaman KWSP – rujuk pada “Membiayai Pendidikan“
  4. Biasiswa / Pinjaman TNB
  5. Biasiswa Astro 2012
  6. Biasiswa Bank Negara
  7. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
  8. Biasiswa Bank Rakyat
  9. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2012
  10. Biasiswa Felda belum ada info terkini
  11. Biasiswa JPA  – Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara. Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan.
  12. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA – khas buat penuntut bumiputera.
  13. Biasiswa Maybank telah ditutup pada 18 Feb 2012
  14. Biasiswa Negeri Johor
  15. Biasiswa Negeri Pahang
  16. Biasiswa Negeri Perlis
  17. Biasiswa Negeri Sabah
  18. Biasiswa Negeri Sembilan
  19. Biasiswa Negeri Terengganu
  20. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program - Buat masa sekarang sudah ditutup
  21. Biasiswa Romania 2012
  22. Biasiswa Sime Darby – Buat masa sekarang sudah ditutup
  23. Biasiswa Singapura 2012 The closing date will be 19 March 2012 for Bruneian applicants and 26 March 2012 for Malaysian applicants
  24. Biasiswa Sukan KPM 2012
  25. Biasiswa Taylor’s World Class 2012 Closing date for application is by 6 April 2012 (Friday).
  26. Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2012 Tarikh permohonan : 1 hingga 30 Mac 2012
  27. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  28. Biasiswa Yayasan Kelantan
  29. Biasiswa Yayasan Melaka
  30. Biasiswa Yayasan Proton Closing Date: 30 April 2012
  31. Biasiswa Yayasan Sarawak
  32. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2012
  33. Biasiswa Yayasan TM 2012
  34. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  35. British Council IELTS Scholarship 2012
  36. Genting Malaysia GENM Scholarship Award 2012
  37. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies 2012
  38. Limkokwing Scholarship Award 2012
  39. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  40. Program Tajaan Khazanah Global
  41. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP) 2012
  42. Securities Commission Malaysia Scholarship Award 2012
  43. Sime Darby Undergraduate Scholarship Programme (China) 2012
  44. The Star Education Fund 2012 Application forms must be received by (2) two weeks after the release of SPM or STPM results
  45. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund 2012
  46. The Titijaya Scholarship Fund
  47. The UEM Scholarship Programme 2012
  48. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship) 2012
  49. 1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia (LINK)
    2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia (LINK)
    3. Biasiswa Petronas, Malaysia [Borang]
    4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
    5. Biasiswa FELDA, Malaysia (LINK)
    6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia (Close Date: 9 April 2012: LINK)
    7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia (CLOSE ALREADY: LINK)
    8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia (Close Date: 1 April: LINK)
    9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
    10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia (Close Date: 20 April 2012: LINK)
    11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia (Close Date: 20 Mac 2012: LINK)
    12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia (LINK)
    13. Biasiswa Maybank, Malaysia (LINK)
    14. Biasiswa Proton, Malaysia (Close Date: 30 April 2012: LINK)
    15. Biasiswa Shell, Malaysia (LINK)
    16. IJM Scholarship (close date: 20 April 2012: LINK)
    17. Genting Scholarship, GENM (Close Date: 24 Mac 2012: Details)
    18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (Close Date: 30 Mac 2012: Form)
    19. Biasiswa Astro (Close Date: 15 April 2012: LINK)
    20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (LINK) 

0 ulasan:

Squash: KL Open sekarang ialah Nicol David KL Open

11:14 Raf 0 Comments

Menurut thestar, CIMB KL Open Squash Championships  sekarang dikenali sebagai CIMB Nicol David KL Open. Hal ini demikian bagi memberi penghargaan kepada pemain squash negara yang sudah memegang pemain squash No 1 sejak tahun 2006 hingga kini.

The Star Online 
The CIMB KL Open Squash Championships, from March 26-31, will now be known as the CIMB Nicol David KL Open. This is to honour and recognise the squash queen’s feat in winning a record sixth world title.
“Nicol is a national icon and arguably Malaysia’s most successful sportsperson ever. We decided to rename the KL Open as a tribute to her so that her achievements are remembered and celebrated annually,” said CIMB group chief executive Datuk Seri Nazir Razak.The 28-year-old Nicol, who has been the world No. 1 since August 2006, won the prestigious women’s World Open for a sixth time in Rotterdam last November. READMORE TheStar
   
371 × 301 - Juara dunia 6 kali Dato Nicol David dihargai pencapaiannya oleh CIMB 

0 ulasan:

SENYUM Lebar atau Sujud? SPM 2011.. 1/2 Cemerlang

14:00 Raf 0 Comments

Keputusan SPM 2011 telah diumumkan pada 21 Mac 2012 di seluruh negara. Di SMKUJ, suasana SMKUJ dimeriahi dengan kehadiran bekas pelajar yang berkumpul di SMKUJ sejak dari pukul 8 pagi lagi, semata-mata untuk mengambil keputusan masing-masing.

Tadi seram, sejuk, tak tentu hala semua da dalam badan Fieq ni. Rasa takut sangat. Fieq bukan takut gagal. Tapi takut akan reaksi guru nanti. Mereka umpama permata, kalau subjek mereka Fieq lemah, bukankah menambahkan kerisauan pada mereka?

Setelah keputusan diumumkan, pelbagai gelagat dapat disaksikan. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang bersedih.

DEWAN KARISMA :  Ambil Keputusan
Fieq (sedang berdiri memakai baju kelabu berkolar biru di sebelah kiri)


Alhamdulillah Fieq dapat 5A (A+ Bahasa Melayu, A Sejarah dan Agama, A- Inggeris dan Matematik)

0 ulasan:

DOA, SOLAT HAJAT ,BACAAN YASSIN MALAM KEPUTUSAN BUKAN AMALAN TERAKHIR..

21:59 Raf 1 Comments

     Kepada semua lepasan SPM 2011 seperti saya mungkin berasa amat resah sekali disamping menunggu keputusan pada esok pagi. Ramai yang berusaha di saat-saat yang menentukan sama ada menangis kegembiraan atau melaung penyesalan.
    Dengan itu, Fieq menjadi wakil kepada semua pelajar SPM 2011 berharap semua menyahut seruan beberapa orang untuk kita mengerjakan solat sunat hajat dan bacaan surah Yassin secara serentak pada waktu berikut :


Assalamualaikum.. Kita sudah sedia maklum yang kita semua akan engambil keputusan SPM 2011 pada Rabu, 21 Mac 2012 ini.. Oleh itu, ada cadangan untuk kita sama2 solat sunat dan bacaan yasin selepas Maghrib dan pada pagi(4am) 2 malam sebelum tarikh keluar keputusan terbabit pada waktu yangsama(semua serentak.. Semoga batch kita dipermudahkan Allah dan mendapat result yang cemerlang.

19/3/2012 Antara Maghrib - Isya'

20/3/2012 4.00AM

20/3/2012 Antara Maghrib - Isya'

21/3/2012 4.00AM

1 ulasan:

Hidupkan Sesi Ta'alim Keluarga Melayu Islam

22:21 Raf 0 Comments

       Apakah itu T.A.'.A.L.I.M. ?? Sesi ta’alim di rumah bermaksud perkongsian ilmu antara ahli keluarga yang dulunya menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan dalam berkeluarga. Hal ini dikira industri ilmu tradisi iaitu melalui komponen pergaulan harian seperti perbincangan, amali dan lain-lain.
Kalau kita lihat pada hari ini amat sukar bagi masyarakat kita untuk duduk makan sekeluarga apatah lagi mahu bersama-sama berkongsi ilmu, mengajar etika, fardhu ain dan lain-lain.

 

       Seorang anak lebih suka akan kehidupan harian ditemani ibubapa mereka di rumah sendiri  berbanding dengan hanya sempat berhibur di Sunway Lagoon sekali setahun bersama sekeluarga. Dan sikap penuh hati-hati perlu ada apabila anak-anak anda meminta anda untuk kerap bercuti .
 
      Jangan salahkan mereka, mungkin itu hanyalah alasan mereka untuk melihat anda bersama mereka walaupun seminit dua di rumah ketika membuat persiapan sebelum ke Pulau Tioman mahupun PortDickson.

0 ulasan:

Sosial Berkurang apabila Gejala Sosial Menaik

21:06 Raf 1 Comments

      Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang di anggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.

 

       Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan ,tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial..

     

        Ibu bapa, guruguru, dan masyarakat perlulah bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anakdan para pelajar.Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalammasyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesanburuk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah.

        Kerajaan jugaperlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja danpelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang bolehmerosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perludidedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman.


         Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkanmasa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegangperanan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namundemikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancamankepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.

         Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidakternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin disekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagaipihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini.

 
Dunia.. Rujuklah pada mereka yang alim dan dampingilah mereka; ULAMAK dan MUFTI


Jangan terlalu fikirkan politik kawan.. Kita semua hamba-Nya
Akibat menggunakan hukuman sendiri menyebabkan gejala sosial, jenayah, sumbang mahram, rompakan dan berbagai lagi jenis salah laku akibat menolak hukum Allah, khususnya hudud.Umat Islam wajib kembali pada hukum Allah bagi mendapat keberkatan dan pertolongan dari-Nya dalam menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku - Tok Guru Nik Aziz


1 ulasan: