Pertandingan 1 Malaysia

18:57 Rafieq 0 Comments

PERTANDINGAN SURAT UNTUK PM (~ dikarang oleh Rafieq Bin Roslan)

Perpaduan kaum merupakan kesepaduan hidup seharian dalam berbilang bangsa. Negara kita kini, perlu peka terhadap isu-isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman seterusnya akan menjadi ancaman kepada semangat muhibah serta keharmonian negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan negaranya.

Sekiranya timbul sesuatu isu, kita perlu ada cara atau kaedah dalam menangani isu tersebut agar tidak berbau perkauman. Contohnya dalam isu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kita janganlah terlalu mudah melatah, bagi menanganinya kita perlu melihat dari sudut pendidikan dan bukannya perkauman. Apa yang penting adalah kejujuran kita dalam memelihara perpaduan kaum. Usahlah hendaknya kita mempunayai sikap buruk sangka yang  begitu menebal sehingga timbulnya sentiment perkauman…

Begitu juga dengan isu pengubahan nama jalan di Ipoh tidak lama dahulu. Jika perkara ini tidak ditangani dengan jujur, maka sudah pasti menjadi satu lagi sentuhan emosi perkauman. Justeru, perpaduan kaum tidak boleh dipandang sebagai keadaan semulajadi. Kita, seluruh rakyat Malaysia bersama memelihara dan memupuk perpaduan kaum .

Oleh itu, adakah kita mahu negara kita sentiasa bergaduh antara etnik, sentiasa berada dalam ketakutan, tiada lagi perasaan muhibah, tanpa keharmonian dalam kalangan rakyat, ketidakstabilan politik Negara, kerajaan yang lemah serta negara berada dalam keadaan huru-hara? Jika jawapannya ‘tidak’ …. Ayuh, rakyat Malaysia… perkara utama yang perlu kita laksanakan adalah mengekalkan perpaduan dalam sesebuah Negara. Bagaimana???...

Langkah pertama, kita perlu memupuk semangat patriotism dalam kalangan rakyat, kita seharusnya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia yang menyanyangi negara. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin Negara kita kerana merekalah yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Kita juga perlu mengetahui dan menghargai jasa tokoh-tokoh pejuang negara seperti Tungku Abdul Rahman, Mat Kilau dan lain-lain. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih ditangan penjajah asing. Begitu juga dengan lambing-lambang kebesaran negara seperti lagu kebangsaan, jata negara dan bendera perlu diketahui dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia.

Kedua, sebagai rakyat Malaysia yang menyokong aspirasi 1 Malaysia, kita perlu bersifat setia dan sayang akan negara kita. Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin dan tidak sekali-kali mengkhianati negara.Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan cara berkorban apa sahaja. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta bersama mencari jalan penyelesaiannya.

Ketiga, bagi mengekalkan perpaduan di sesebuah negara, semangat kekitaan juga amat penting. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Disamping itu, sifat bersatu padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status, bangsa dan agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Bagi memupuk semangat bermasyarakat antara kaum pula, bergotong royong merupakan aktiviti yang sering dilakukan kerana penglibatannya menyeluruh.

Selain itu, sifat berdisplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan haruslah dipatuhi untukkesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.
  
Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.  Semoga kita semua mencapai wawasan negara bagi aspirasi  Satu Malaysia.
                                                                                                                              Dikarang oleh: Rafieq Bin Roslan,
                                                                                                                                                         (SMK Undang Jelebu)
 Photobucket             Photobucket

0 ulasan:

Diskusi Pengambilan Subjek Aliran IT 3

01:12 Rafieq 0 Comments




Hai.. bertemu lagi kita ke Diskusi Pengambilan Subjek Aliran IT 3 dan inilah penentunya..

0k.. Aku hormat PENGETUA aku nih...

aritu kan aku dah kata yg dia nak bagitaw minggu depan...

haa.. minggu depan tuu minggu nilaa.. minggu cuti nii..

adik aku pergi nii... Kelas Tambahan laa kt sekolah yer laa target PMR...

Bila waktu balik.. aku jemput laa dier .. sementara tuu ternampak mobil "Gah" Principal menyusur...


Aku lekas masuk ke bilik pengetua...



*********************DI BILIK PENGETUA*************************


Penulis     :  Assalamualaikum..
Pengetua  : Waalaikumusalam..
Penulis     : 0k tak cikgu?? Boleh tak saya ambil m/p tuu??
Pengetua  : Errrmm.. Kalau ambil persendirian memang tiada masalah..
Pengetua  : Tapi... Cikgu yang check awak punya amali dan kerja kursus tuu tiada hari ni.. 

Penulis     :  0wh.. tapi tiada masalah kan.. Nanti naik cuti nanti dia bagi tahu laa kan??
Pengetua  : Ya..
Penulis     : 0k Jadi memang confirm laa nih?? Saya nak beli buku dia nih..
Pengetua  : K.. Belilah..
  


BERJAYA!!!!!!!!!!!

Photobucket
Photobucket

0 ulasan:

Diskusi Pengambilan Subjek Aliran IT 2

01:02 Rafieq 0 Comments



Hai ... 
Bertemu lagi dalam kisah Diskusi Pengambilan Subjek Aliran IT ...


0k .. kan penulis dah janji nak bagitaw.. 


Macam nii...


Masalah sikit laa minggu nih...


Minggu ini adalah Minggu Sukan Tahunan SMKUJ (Ke-49)..


W0W~ ~  Dah nak setengah abad....


S0.. SPM aku ambil tahun depan.. maknanya aku sebagai pelajar SPM pada  1/2 abad sekolah ku 
(hoo..hoo.. ^ ^ riak kejap abih kan air liur) 

Tahun ini Juara Kejohanan Sukan berpihak pada rumah KUNING (Dr. MAHATHIR) ... Namun Kejohanan Olahraga tetap berpihak kepada rumah HIJAU (Tun HUSSIEN Onn).. Keadaan tempat  Ke-4 pada acara merentas desa membuatkan rumah ini teruk pada tahun ini.. Walaupun begitu rumah yang menjadi JOHAN bertahan bagi merentas desa, sukan tara dan olahraga sejak dahulu lagi tetap tidak berputus asa dan semangat inilah yang membuatkan rumah HIJAU tetap dapat mempertahankan JUARA bagi KEJOHANAN  OLAHRAGA walaupun JUARA SUKAN TARA dan MERENTAS DESA telah dirangkul rumah KUNING.. Hal ini demikian kerana terdapat ramai perserta rumah HIJAU yang bagus telah ditukarkan ke rumah lain , perpindahan Tingkatan 4 ke sekolah lain / berhenti sekolah, peserta negetif yang suka curi tulang dan ramai atlet yang sakit..

Ok laa.. nanti datang pulak Mario ngan Doraemon karang...

Pada hari Rabu, aku pergi ke bilik Pengetua menanyakan soal pengambilan matapelajaran itu..

"Allah!!! rafieq bagitahu balik nama subjek tuu.."

"Errmm.. Fundamental of Programming dan Programming and Development Tools.."

"0k..  sekarang jugak saya pergi Jabatan.. jumpa saya balik minggu depan k..??  
(Tegas seorang Pemimpin berdedikasi... lari seperti Catwoman terus mengejar JABATAN) ^ ^

0k.... terpaksa laa minggu depan.. C U S00N..............


0 ulasan:

Media

08:23 Rafieq 0 Comments

Permainan


Muzik dan Radio


  Program TV

0 ulasan:

diskusi pengambilan subjek aliran IT

22:08 Rafieq 0 Comments

  Hai Blogger!                     

    Mulai saat ini diriku akan berusaha untuk menulis blog sekurang-kurangnya 1 pos bagi 1 minggu...

Minggu ini...

    Aku telahpun berjumpa dengan Pengetua SMKUJ bagi menanyakan soalan mengenai bagaimanakah  pengurusan kerja kursus dan amali bagi dua mata pelajaran tambahan yang ingin ku ambil.. iaitu Fundamental of Programming dan juga Programming and Development Tools..

     Sebenarnya sudah banyak guru yang aku rujuk bagi masalah ini sebelum berjumpa dengan Pengetua,...
Pada mulanya, aku berjumpa dengan guru kelas aku, kelas 4 GEMILANG (always SN) iaitu Puan Salisah Mat Sah (SMS), beliau memberi pendapat bahawa aku seperlunya berdiskusi dengan SU Peperiksaan, Puan Noraini;
 
       Apabila aku bertemu dengan empunya nama Puan Noraini iaitu guru MATHz aku.. "errmmm... nanti saya pergi jumpa JABATAN.. nak tanya sama ada boleh ambil ke tak subjek ni.. " .. pada hari Isnin depan ..

       "Cikgu yang satu tuu mana datang tuu cikgu?" diriku menanyakan soalan math pada nya\
       "Owh~ awak dah keliru ni.. yang depan papan putih tuu 2 soalan bukannya kombin dia.."
       "Owh! Macam tuu.. Errmmm.. Cikgu,,""
       "Ehh.. banyak sangat lak soalan awak nii??""
       "Camna nak ada orrang yang suka .. mulut x reti nak jaga.. anak murid nak tanya 2 soalan dah rungut"  
         monolog aku..
        "Ni laa.. cikgu... soal kertas dari aliran teknologi tuu boleh saya ambil??"
        "Owh~ tak boleh.. diorang kata kita perlukan seorang guru untuk handle awak punya kerja kursus.."
        "0k laa.. cikgu!" Hampa seorang yang berwawasan...
        "Ish~ senang jer cakap camtu.. pergi laa jumpa Principal dulu.. rasanya cikgu ni tak bincang lagi nih"

Setelah lepasnya cuti GONG XI FA CAI...

          Aku  mengikuti KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI UNIT KO dalam aras BENDAHARI.. Grup BENDAHARI ditempatkan di MAKMAL ICT 2 manakala N/P , PENGERUSI di MAKMAL ICT 1 dan SETIAUSAHA di Bilik APD...
     
Terdapatnya AMANAH yang merupakan tanggungjawab bagi semua AJK tertinggi untuk memastikan setiap amanah itu berjaya dilakukan.. Kursus sebegini dan banyak lagi telah digiatkan dan semenjak penukaran PEMIMPIN SMKUJ iaitu Pengetua (HASHIM) dan penaik-pangkat GURU BIDANG VOCA kepada jawatan GPK KO  iaitu (DRs. Norazman) serta rombakan GURU-GURU DISPLIN .. serta PEMIMPIN PELAJAR yang dipilih secara profesional iaitu melalui kaedah demokrasi (undi) dapat membina satu terusan bagi SMKUJ untuk MAJU dan GEMILANG, den sesungguhnya SMKUJ yang dahulunya dikenali sebagai sekolah TOP 5 berdisplin teruk di NEGERI SEMBILAN memang boleh membuang "banner" itu daripada terus menjadi identiti warga sekolah berteraskan MOTO , ILMU BERKUASA!!
    
         Sekolah ini mula terlihat gah-nya sejak pertama kalinya penukaran PENGETUA CEMERLANG SMKUJ .... GURU BESAR kini (Tuan Hashim Othman) telahpun membina satu "empayar" bagi memajukan sekolah ini.. Gaya, sosial, pentadbiran dan lain-lain hal bertukar serta-merta sejak kehadiran beliau.. Banyak bakat pelajar telah diasah .. dan semua nya menunjukkan prestasi yang tinggi dalam semua bidang termasuk; sahsiah, pelajaran, sukan dan lain-lain.. Sehingga terciptanya JUARA berpangkat "TINGGI" dalam sukan baru yang disertai oleh SMKUJ.. Sukannya termasuklah Golf, Memanah, .... Bagi bidang olahraga,  pertandingan lain yang disertai .. SMKUJ mengejutkan seluruh warganya apabila tiada pertandingan yang mereka "kalah" !!!..  Dalam bidang lain.. seperti Perkampungan Penulis Muda NS 2009 yang turut disertai penulis.. terwujudnya satu antologi hebat yang dikeluarkan oleh sekolah ini kesan daripada ilmu yang diambil para pelajar di sekolah ini... Pertandingan Puisi memang selalunya membanggakan sekolah SMKUJ...

         Sesebuah sekolah yang GEMILANG tetap memerlukan persatuan yang aktif.. 2 Persatuan yang boleh dikatakan aktif ialah Persatuan Bahasa Cina dan Kelab Kebudayaan... Kelab Kebudayaan adalah IDENTITI baik SMKUJ selama ini sejak dahulu lagi tidak pernah "lupuh" sama ada di peringkat antarabangsa maupun Kebangsaan.. Kelab Kebudayaan membolehkan SMKUJ mengadakan hubungan dengan sebuah sekolah luar negara di Padang, Sumatera Barat, Indonesia... Dengan adanya hubungan ini, SMKUJ telahpun  memudahkan segala acaranya untuk menjadi SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.. tetapi masalahnya hanya satu kini, iaitu keputusan para pelajar ...
           Oleh itu, perubahan "rupa" dan "gaya" pendidikan" dikemaskini menjadi TERrrBAiiIK.. Terdapat pelbagai kem, cara mendidik terbaru, dan lain-lain usaha yang telah dilakukan... tetapi di sini penulis hanya sempat menyenaraikan yang termampu sahaja...  Perancangan Kem yang ini memang cukup strategik! Pada tahun lepas (2009) penulis dan rakan setingkatan dalam golongan ELIT telahpun melalui permulaan dan pengakhiran yang amat menarik kerana permulaan kem pada tahun lepas ialah Kem Pelajar Elit Daerah Jelebu (tempat; Kolej Komuniti Jelebu) iaitu kem yang disertai oleh semua pelajar elit di semua sekolah seluruh daerah Jelebu yang merupakan daerah terkering di Malaysia, daerah yang serupa dengan Negeri Sembilan dan daerah yang terbesar (dalam kalangan) di Negeri Sembilan dan daerah selamat tanpa lampu isyarat (tahun lepas mmg xder lampu isyarat)...  dan pengakhiran kem tahun lepas adalah Kem 3K.. Kem ini pun sama mengumpulkan pelajar yang sama*..  kami semua adalah DUTA program ini di Malaysia dan DUNIA (hohoho..lol ^=] x baik syirik khufi.. tp mmg betol pon..)  ....
        Tapi tahun lepas memang banyak pmrIANS ngan spmIANS menghadapi rintangan dengan H1N1 laa.. itu laa ini laa.. nak taw tak?? kitorangnya STUDYTHON kat tempat banyak nyamuk.. betol2 tempat KUAT H1N1.. mmg semua wajib pakai SARUNG TANGAN .. MASK.. cam KAMEN RIDER kitorang kat sana..
 
      " Ehh ... apa yg melalut nii?? 0ut of the topic laa.."

            "Terus straight to the POINT laa.."                                                          
                                  
  "ehh yer ker?? sorry ehh.. apa topic den tadi??"
      





Oklaa... habis sahaja KURSUS KEPIMPINAN AJK TERTINGGI UNIT KO .. semua pelajar yang terlibat dan guru yang terlibat pergi ke Kantin untuk menjamah sedikit hidangan..

**************************SETELAH SELESAI************************

Cikgu DRs. Norazman menyapa penulis (ceyh.. ^^)
    " Heyh! Rafieq dah makan lom??"

Penulis menjawab
  "Dah.. tadi sesama bebudak tadi reramai makan Roti ngan Teh-0 .. bdxx camtu jer.. cikgu jer makan besar"
          
Cikgu DRs. Norazman gelak..
  "0wh~ Ho..ho..ho.."

Penulis bertanya
  "Cikgu.. Cikgu sebagai bekas Guru Ketua Bidang Voca & Tech (taun ni naik pangkat GPK HEM) , cikgu boleh tak saya mengambil subjek dari Teknik??"

Cikgu DRs. Norazman fikir..

  "Mmmm....."

*******************MULALAH DISKUSI ANTARA KAMI*****************

Akhirnya..

Cikgu DRs. Norazman memberi candangan muktamad..
  "Camnilaa.. Rafieq.. Nanti cubo ko bincang ngan Pengetuo dulu ya.."

Penulis bersemangat semula..
  "OK!!"

*********************PADA HARI RABU DI WAKTU PJK*****************

Waktu nih aku memang malas... waktu malam bagai nak rak siapkan HomeWorK.. kat sekolah of course waktu pagi mengantuk gila.. takkan nak lompat .. lari lak..

So, aku gunakan time ni untuk ke pejabat bertemu dengan Pengetua...

*********************DI BILIK PENGETUA*************************

Penulis     :  Assalamualaikum..
Pengetua  : Waalaikumusalam..
Penulis     : Se.. ada masalah laa cikgu...

Pengetua  : ok.. Sila duduk....Sapa nama kamu?? Kelas mana??
Penulis     : Saya Rafieq dari 4 Gemilang..
Pengetua  : 4 Gemilang aarr.. (sapa huh??)**(rambut aku dah panjang.. mmg tebal laa..agaknya dia x prasan
-------------GPK Akademik cuba meng-usha2 bilik Principal------------
GPK (A) : 00ooppss!!!
Pengetua : Masuk G'...

--------GPK (A) dan 2 orang Kaunselor masuk "menghadap" ^^ lol-------

********MULA LAH DISKUSI ANTARA MEREKA DAN AKU********


Pengetua : oklaa.. Rafieq.. Isnin minggu depan jumpa saya lagi..
Penulis    : Baik..  Cikgu.. Terima Kasih Cikgu..

************************************************************

Oklaa.. nak ceritakan penamat bagi cerita nie tak boleh .. sebab hari penentunya esok.. so, esok aku akan jumpa pengetua balik.. C u S00N...



0 ulasan: