PMR result

07:46 Rafieq 0 Comments

Pada 24 Disember 2009, Aku bangun awal untuk bersiap-siap ke sekolah bagi mengambil result PMR yang sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh semua pelajar Tingkatan 3 pada 2009.. Ayah aku sibuk pada hari itu, jadi aku terpaksa mengikut ibuku pergi ke Sekolah Kebangsaan Petaseh (Berasrama) dahulu kerana takut kalau ayah tidak sempat untuk menghantarku ke sekolah... Aku terpaksa tunggu di kereta, kantin dan lain-lain tempat sementara menunggu ibuku habis bermesyuarat pada hari itu... TaaPPiiii!!!! Tidak kusangka pada hari itu terdapat pula satu lagi mesyuarat .. Sedangkan tidak diberitahu.. waktu itu baru diberitahu kepada ibu..
"Hai... Takde peluanglaa.. nak ambil result hari ni..." Aku berkata dalam hati~~

Aku tak tahu pula cikgu aku dulu (sekarang Pengetua sekolah Petaseh, dulu cikgu SKUJ) teruk macam ni.. macam gopoh..

'Ya ALLAH!! Tolonglaa.. guru ku itu supaya kenal dan sedar apa yang telah dia lakukan sekarang kerana aku tak mahu dia akan dijadikan buah mulut orang... '

"Habislaa.. ..memang sah aku akan lambat untuk ke sekolah" monolog itu saja yang terbayang di dada dan mindaku pada waktu itu.. Ibuku dan guru-guru yang lain memang tidak tahu mengenai mesyuarat kedua itu. Oleh itu, terpaksalah diriku menunggu PUKUL 9..belum lagi, PUKUL 10.. masih belom... Hai.. dah PUKUL 11 dah ni... Apa laa yang cikgu tuu buat?? Hah?.. Dia mesyuarat guru ker mesyuarat ahli PARLIMEN dah PUKUL 12 dah nii..

Oppss!!! lupa nak beritahu ibuku seorang GPK....... Aku memang cemas pada waktu itu, kerana jarak SK Petaseh(B) ke sekolah aku, SMKUJ memang amat jauh berbanding dari rumah aku ke sekolah SMKUJ.. Pelbagai cara aku lakukan untuk mengelak penyakit paling ditakuti manusia iaitu KEBOSANAN dan KETIDAKSELESAAN.. mula-mulaaku merayau dulu.... tengok sana-sini, baca akhbar buka-buka tv kantin tuu.. tapi masalah dier.. orang kantin tuu pandai.. tv jer yang boleh on.. ariel dier x on(dier pki tv yang kongsi tuu.. apa cerita yang siar kat dalam tuu laa yang disiar kat luar.) letak kat bilik kunci kat belakang tuu.. patutlaa takder siaran apa-apa... Akhirya.. aku ambil 2 kerusi panjang kat situ dan terus tidur..

"Tueet.Tueet" Bunyin itu memeranjatkan aku.. aku lekas bangun dan lihat ibu sudah pun berada di depan kereta... Ibu kata mesyuarat tuu belum habis lagi.. oleh itu ibu akan hantar aku ke sekolah secepat mungkin.... Ibu biasanya akan menutup HP apabila mesyuarat.. jadi apabila aku buka suis.. bermacam-macam mesej yang ada .. semua adalah untuk bertanya akan keputusan PMR aku.. yerlaa.. nak tanya aku.. aku mana ada handphone sebab memang aku tak nak.. Dalam tuu terdapat banyak mesej termasuklaa terdapat banyak miss call dari ayah.. ayah sebenarnya ingin tanya dimana aku ketika itu... aku pelik kenapa ayah tak tahu.. aku ikut ibu??

Dalam perjalanan, terdapat sebuah mobil merah Kancil yang berlogo SINAR, menyusur di sebelah keretaku... ohh baru aku teringat cikgu memang dah janji dengan akhbar SINAR HARIAN untuk membuat 'liputan' di sekolah ku.. Esoknya memang ada gambar budak-budak kelas aku.. bukannya di Satu slot ataupun pada berita daerah, tapi pada MUKA DEPAN akhbar tersebut!!! itu bagi budak kelas aku.. bagi budak sekolah aku lak ada 2 muka surat khas untuk diorang dan lain-lain sekolah berdekatan!!!

Sesampainya aku di sekolah, aku melihat seorang dari teman aku turun dari bukit sekolah (SMKUJ berada di atas bukit) sedang sedih sambil ditemani seorang rakan yang turut rakan sekelasku.. di waktu itu barulah hati aku jadi tidak menentu memikirkan apakah keputusan aku... jam menunjukkan kurang lebih 12:35 p.m. hanya beberapa murid yang masih 'stay' di situ.. aku puas mencari guru kelasku akhirnya jumpa. nasib baik dia masih menunggu di pejabat. Aku mendapat 5A dan 3B, sebenarnya memang aku tak percaya sebelum ini.. sebab ku rasa subjek MT, SN dan BI sudah tentu akan gagal kerana terlalu gemuruh ketika dalam dewan.. Oleh itu, aku bersyukur sangat-sangat kerana boleh memperoleh B dalam matapelajaran berkenaan. aku terus pergi ke kedai bapa saudaraku yang hampir dengan sekolah.. ibu aku menitipkan aku di sana sementara kerana ingin pergi semula ke sekolah..
Itulaa jasa guru, sibuk walaupun gaji tidaklah terlalu tinggi.

Anak pak cik aku itu juga sebaya dengan aku cuma berbeza kelas.. dia memperoleh keputusan 1B dan.. tak ada gagal laa.. kira bagus lah bagi pelajar bawah..

oklaa.. sampai ini sahaja laa.. aku sudah letih.. sekiranya ada sebarang komen sila titipkan di ruangan bawah..





0 ulasan: